Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Mustaqim Bukan Cinta Baru Reen Rahim

Saya bukanlah perempuan murahan yang mudah terpedaya apabila dijanjikan dengan kemewahan

0
comments
Mustaqim Bukan Cinta Baru Reen Rahim
Kami hanya kawan biasa dan tiada hubungan cinta
Apabila Reen Rahim, 28, memuat  naik gambarnya berdua dengan pelakon Mustaqim Bahadon di laman  Instagramnya, ia terus menimbulkan tanda tanya adakah lelaki itu cinta baru pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Bagaimanapun sepantas kilat, Reen menafikannya dan menegaskan mereka hanyalah  kawan baik. 
“Kami rapat kerana kami pernah berlakon bersama dalam drama Hidayah Ramadan yang disiarkan di TV3, dua tahun lalu. Kami hanya teman biasa, tiada hubungan cinta. Ruang masa saya diisi dengan pergi ke lokasi penggambaran dan selebihnya  menghabiskan masa di rumah.

“Saya seorang yang ‘low profile’ kerana tidak suka terbabit dalam kontroversi. Saya perlu menjaga nama baik keluarga dan diri sendiri,” katanya.

Sentiasa menjaga nama baik keluarga

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim juga pernah menolak cinta kerabat kerana dia bukanlah perempuan murahan yang mudah terpedaya apabila dijanjikan dengan kemewahan.
Pantang baginya jika ada lelaki yang cuba memikatnya dengan mengumpannya pergi membeli belah atau melancong di luar negara.

“Jangan melobi saya dengan harta benda kerana saya bukan perempuan yang terlalu memandang kepada materialistik. Biarlah rasa suka, kasih, sayang dan cinta itu hadir dengan sendirinya. Semoga keikhlasan dalam hubungan itu berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Selepas tidak melayan cinta kerabat itu, Reena hampir menamatkan zaman solonya dengan seseorang yang bukan daripada kalangan industri. Bagaimanapun tiada jodoh di antara mereka.

Tidak melayan cinta kerabat


Lambat jadi pelakon

Bercerita mengenai kerjaya seni, Reen menganggap pembabitannya dalam dunia lakonan agak lambat iaitu pada usia 24 tahun.

“Saya  menyertai Pilih Kasih pada 2012 ketika usia saya 23 tahun. Tamatnya  program itu saya sudah berusia 24 tahun, jadi saya tidak boleh buang masa.

“Pada awal pembabitan saya dalam industri seni tanah air, saya tidak pandai menyusun jadual, saya ambil semua tawaran yang datang. Selepas empat tahun berlalu saya sudah terbiasa dengan keadaan itu.

“Sehingga sekarang saya tiada Pembantu Peribadi (PA) atau Pengurus kerana saya lebih selesa menyusun kerja saya sendiri. Saya seorang yang pantas berfikir dan bertindak. Oleh itu saya bimbang pengurus yang dilantik sukar mengikut rentak saya,” katanya.

Jika dia perlukan bantuan, Reen akan minta pertolongan daripada ahli keluarganya seperti kakak dan rakan baiknya.

Tidak berfikir panjang menerima lamaran daripada Mak Nani


Terharu dilamar Mak Nani

Perkembangan terkini, dia berlakon dalam filem Mawar Putih iaitu arahan terakhir daripada seniwati Datuk Rosnani Jamil atau mesra dipanggil Mak Nani  Sebagai generasi baru, Reen amat berbesar hati dapat bekerja dengan Rosnani.

“Mak Nani adalah pelakon sezaman  Allahyarham Tan Sri P Ramlee lantaran itu siapa yang tidak rasa terharu dan bangga apabila dapat bekerja di bawah arahannya.

“Saya terkejut apabila Mak Nani menghubungi saya sendiri untuk menawarkan watak Tengku Zarina. Tanpa berfikir panjang dan tidak bertanya berapa bayaran,  saya setuju saja."

“Apabila saya dapat tahu Mawar Putih adalah arahan terakhir Mak Nani saya cuba mengambil sebanyak mana ilmu lakonan daripadanya. Amat berbeza bekerja dengan Mak Nani berbanding pengarah sekarang,” katanya. 
Ujar Reen lagi, Mak Nani sudah menetapkan karektor Tengku Zarina macam mana dan dia mesti ikut.
“Saya suka kerana saya berpeluang menjadi orang lain secara total,” katanya.
 
 
Comments