Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Jangan Kerana Wang Ringgit Atau Nafsu" - Abang Jem

Penyampai radio popular Sinar FM ini tidak kisah peminat menjadikannya sebagai mentor.

0
comments
Abang Jem menyatakan banyak perkara perlu diambil kira khusus dalam mendidik isteri dan anak-anak serta mendalami ilmu agama. (Gambar: abgjem_ifollow - Instagram)
Kisah hidupnya mempunyai empat isteri sering dijadikan contoh atau mungkin idola pada peminat yang mempunyai angan-angan beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak kesampaian.

Begitupun, pelakon yang juga penyampai radio popular Sinar FM, Salih Yaacob atau nama glamor, Abang Jem tidak lokek berkongsi panduan dan pengalaman mempunyai keluarga besar sepertinya. Apa yang dikongsi selebriti berusia 55 tahun in, kehidupan mahu berpoligami tidak hanya bersandarkan faktor wang ringgit.

Malah, berkahwin lagi kerana nafsu juga tidak boleh dijadikan faktor sebaliknya, tanggungjawab yang digalas seorang suami tidak akan terhenti pada isteri-isteri dan keluarga.

Ujarnya, banyak perkara perlu diambil kira khusus dalam mendidik isteri dan anak-anak serta mendalami ilmu agama. Dia juga tidak kisah jika ada peminat yang menjadikannya sebagai mentor tetapi apa yang dilaluinya adalah berdasarkan pengalaman hidup, katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

 
 
 
Comments



Back to top