Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Aksi Zul Ariffin, Nur Fazura 'Curi' Persona

Kedua pelakon popular ini membintangi video terbaru iklan Proton Persona.

0
comments
Aksi Zul Ariffin, Nur Fazura 'Curi' Persona
Lakonan Zul Ariffin bersama Nur Fazura dalam video Proton Persona baru ini memberi tarikan pada penonton untuk mengetahui ciri-ciri menarik pada kereta baru ini.
Aksi pelakon Zul Ariffin bersama Nur Fazura memandu sebuah kereta baru Proton yang dicuri dari sebuah trak sebelum memandu uji di atas jalan raya dan kemudian dikejar kereta peronda polis menjadi tarikan pada penonton menyaksikan video terbaru, kereta Proton Persona yang dilancarkan hari ini.

Dalam video berdurasi seminit itu, Zul turut memuji kereta Pesona generasi kedua itu mempunyai banyak beg udara manakala Fazura juga teruja melihat kelebihan 'lampu pasang sendiri' ketika kereta mereka itu melalui suasana gelap dalam terowong.



Video terbitan KRU Studios ini diarahkan Ghaz Abu Bakar boleh ditonton menerusi YouTube. Model baru dengan enjin VVT 1.6 ini mempunyai varian Standard, Eksekutif dan Premium turut dilengkapi sistem indikator pemanduan Eco dan ia djual dari RM46,800 sehingga RM59,800.
 
 
 
Comments



Back to top