Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Zul Ariffin Nafi Merisik Zahirah Mac Wilson

Mengunjungi Australia bersama adik beradik atas urusan perniagaan

0
comments
Zul Ariffin Nafi Merisik Zahirah Mac Wilson
Mahu tumpukan kepada kerjaya terlebih dahulu (Kredit Gambar: Instagram Zul Ariffin & Zahirah Mac Wilson
Lama tidak dengar cerita kisah couple sensasi abang sado Zul Arrifin dengan buah hatinya Zahirah Mac Wilson yang pernah hot satu ketika dulu. Bukan nak kata apa, kisah cinta mereka hangat sampai boleh bikin telenovela termasuk kes dakwaan culik.

Ada khabar bertiup dalam diam Zul sudah hantar rombongan merisik Zahirah pada keluarganya yang jauh di bumi Kangaroo. RojakDaily Kaw bertemu dengan Zul pada pelancaran filem Tombiruo dan bertanya sendiri mengenai perkara itu.

Tidak ada apa yang menarik tentang kisah cinta kami (Kredit Gambar: Instagram Zul Ariffin & Zahirah Mac Wilson)

"Saya masih berhubungan dengan Zahirah tapi dakwaan itu tidak benar. Ya memang saya dan adik beradik ada ke Australia tapi untuk urusan perniagaan," katanya.

Zul turut tegaskan, dirinya tidak mahu kisah cintanya terlalu menjadi bualan dan expose kepada pembaca.  Bagi dirinya, tidak ada kisah menarik mengenai hubungan mereka dikongsikan dengan pembaca.

"Saya baca sendiri (kisah cinta dengan Zahirah) pun saya rasa tidak ada yang menarik," katanya.

Sementara itu, Zul bakal menggegarkan hati peminatnya apabila akan muncul tanpa baju dalam filem Tombiruo yang sedang menjalani penggambaran.

Zul berkata beliau bakal berkampung dalam hutan lebih sebulan mendukung watak utama dalam filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid.

Ke Australia hanyalah atas urusan perniagaan, bukan merisik (Kredit Gambar: Instagram Zul Ariffin & Zahirah Mac Wilson)

"Saya mahu hidupkan watak dan saya memang tidak berbaju dan hanya bertopeng sepanjang filem ini.

"Saya juga tidak ada banyak dialog dalam filem ini walau watak utama," katanya.

Beliau juga berharap lakonannya dalam filem itu diterima terutamanya pembaca setia novel itu.  Selain Zul, filem berkenaan turut menampilkan Faizal Hussein, Nabila Huda, Farid Kamil, Faye Kusairi, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
 
 
Comments



Back to top