Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Aksi Shinzo Abe Sebagai Super Mario Curi Tumpuan

Perdana Menteri Jepun itu muncul di tengah pentas pada majlis penutup sukan Olimpik Rio, semalam.

0
comments
Aksi Shinzo Abe Sebagai Super Mario Curi Tumpuan
Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 2020 mempersembahkan watak Super Mario sebagai pembuka tirai gimik persembahan video mereka. (Gambar: Reuters, EPA dan YouTube)
Populariti sesebuah program televisyen seperti kartun atau permainan video memberi pengaruh besar pada penonton. Begitu juga watak permainan video popular Jepun zaman 80-an, Super Mario mencuri tumpuan ketika majlis penutupan sukan Olimpik di Rio, Brazil, semalam.

Apa yang menarik perhatian, Jepun yang menjadi tuan rumah untuk sukan tersebut pada tahun 2020 mempersembahkan watak Super Mario sebagai pembuka tirai gimik persembahan video mereka.



Dalam video pendek itu menunjukkan Super Mario memulakan perjalanan dari Tokyo ke Rio memegang peta tertulis Rio yang sebenarnya apabila dibuka sepenuhnya ia adalah singkatan namanya, Mario kemudian masuk ke dalam satu terowong sebelum muncul seorang lelaki di atas pentas di tengah stadium acara berkenaan.

Kejutan buat penonton apabila lelaki itu yang memakai topi merah seperti Super Mario adalah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang muncul sambil memegang sebiji bola merah.
 
 
Comments