Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tiada Lagi Bayangan Adele Atau Beyonce, Sam Nuhair Muncul "Kau Menjauh"

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 ini menghasilkan single sendiri.

0
comments
Tiada Lagi Bayangan Adele Atau Beyonce, Sam Nuhair Muncul
Sam Nuhair menghabiskan kos sebanyak RM30,000 untuk single kali ini. (Gambar: samnuhairofficial - Instagram dan JoePRCinternational)
Sesiapa saja mampu meniru gaya penyanyi antarabangsa, Adele mahupun Beyonce tanpa perlu masuk kelas vokal secara intensif. Namun, jika mahu menjadi seorang penyanyi yang serius untuk berjaya dalam karier seni, tidak perlu bergantung pada bayang-bayang penyanyi popular untuk mencipta nama.

Langkah baru diambil penyanyi Nuha yang kini membina jenama baru sebagai Sam Nuhair. Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 ini berusaha mengukuhkan latar belakangnya sebagai penyanyi menerusi lagu ciptaannya sendiri berjudul "Kau Menjauh".

Dia yang kini bernaung di bawah pihak pengurusan, JoePRC International berharap dapat memperkenalkan identiti sendiri dengan kehadiran single tersebut. Malah, dia semakin diterima peminat yang mengikutinya di media sosial seperti Instagram, @samnuhairofficial seramai 63,000 pengikut manakala 4,000 di Facebook, SamNuhairOfficial.

Bakal melancarkan singlenya itu pada 26 Ogos ini, Sam Nuhair yang sebelum ini popular menerusi YouTube berkongsi ilham penciptaan lagunya itu sejak dialam persekolahan yang membawa kisah kekasih yang bersikap curang.

Demi mengapai impiannya dalam menghasilkan lagu ini, gadis berusia 23 tahun ini membelanjakan kos sebanyak RM30,000. 
 
 
Comments



Back to top