Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Namewee Direman Empat Hari

Penyanyi kontoversi itu ditahan selepas tiba di KLIA petang semalam.

0
comments
Namewee Direman Empat Hari
Namewee kelihatan tenang dan bergari diiringi anggota polis ketika tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret, Georgetown, kira-kira 10.25 pagi tadi. (Gambar: Namewee - Facebook dan Sinar Harian)
Penyanyi kontroversi, Namewee ditahan reman bermula hari ini selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Taiwan, petang semalam.

Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee, 33, diperintah Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Georgetown, Pulau Pinang, Ahmad Tajudin Zaini untuk ditahan reman selama empat hari sehingga 25 Ogos ini mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan. 

Laporan Sinar Harian menyatakan dia yang kelihatan tenang dan bergari diiringi anggota polis ketika tiba di pekarangan bangunan mahkamah kira-kira 10.25 pagi tadi.

Dia didakwa selepas terbabit dalam rakaman video berjudul "Oh My God" yang memaparkan aksi menyanyi di dalam kawasan Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Aksi dalam video itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam kerana tidak menghormati sensitiviti kawasan masjid sebagai tempat suci untuk orang Islam beribadat.

 
 
 
Comments



Back to top