Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

KL Wangan Bajet Besar, Eksklusif

Filem kedua arahan Pekin Ibrahim ini menjalinkan kerjasama dengan jenama automobil antarabangsa, Volkswagen.

0
comments
KL Wangan Bajet Besar, Eksklusif
Pekin kali ini membawa kisah lumba kereta pada waktu malam sebagai plot dalam filem terbarunya, KL Wangan. (Gambar: Rojak Daily Kaw! dan KL Wangan - Instagram)
Menimba pengalaman sebagai pengarah selepas membabitkan diri dalam bidang lakonan memberikan peluang besar pada Pekin Ibrahim mengembangkan karier seninya.

Menerusi dua naskhah sebelum ini, filem Mat Moto arahan bersama Syafiq Yusof dan filem dokumentari, Madness of Borneo, Pekin semakin yakin untuk kembali mengarah filem kedua, KL Wangan.

Mengambil maksud perlumbaan kereta pada waktu malam dalam bahasa Jepun untuk dijadikan judul filem terbarunya kali ini, Pekin percaya filem aksi ini memberi sebuah kisah yang baru dalam banyak filem aksi lumba kereta yang pernah dipertontonkan.

"Filem 'drift' dan 'drag' sudah biasa dihasilkan tetapi dalam KL Wangan meskipun orang tahu mengenai lumba kereta pada waktu malam tetapi belum ada dihasilkan dalam bentuk filem. Ini mewujudkan satu sub budaya baru dalam pemotoran tempatan," katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Centro Pictures dengan Volkswagen Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Pekin menandatangani perjanjian kerjasama dengan Volkswagen Malaysia yang diwakili Pengarah Pemasaran, Isabela Pascu sambil disaksikan pengarah, Datuk Yusof Haslam (tengah, berdiri) dan Pengarah Bahagian Komersil FINAS, Azmir Saifuddin Mutalib (dua dari kanan, berdiri) pada Majlis Menandatangani Kerjasama Centro Pictures dengan Volkswagen Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Gambar: Rojak Daily Kaw!)

Tambahnya, idea menghasilkan filem ini tercetus sejak awal tahun ini dan dia tertarik untuk menonjolkan kisah lumba kereta pada waktu malam sebagai plot. Sebagai tarikan, filem ini juga menampilkan pelakon berpengalaman, Faizal Hussein sebagai teraju utama.

Pekin selaku produser filem ini mengakui pembabitan jenama automobil antarabangsa iaitu Volkswagen dalam filemnya kali ini memberi nilai eksklusif yang tinggi dan menjadikannya filem besar dari aspek bajet produksi.

Selain Faizal, filem ini turut dibintangi Emily Lim, Kazuto Soon dan Jasmine Suraya.
 
 
Comments



Back to top