Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

XPDC Kembali Beraksi 'Live'

Band rock popular ini akan mengadakan persembahan pada 3 September nanti.

0
comments
XPDC Kembali Beraksi 'Live'
Kemunculan semula band XPDC dalam persembahan 'live' pastinya dinantikan ramai peminat mereka pada 3 September ini.
Populariti lagu "Titian Perjalanan, Hentian Ini" dan "Aku Masih Di Sini" cukup membuai perasaan peminat yang masih merindui kemunculan semula band XPDC di atas pentas. Berita baik buat peminat, XPDC kembali menerusi persembahan 'live' di Versus, Kuala Lumpur pada 3 September ini.

Peluang terbaik buat band rock zaman 90-an ini kembali beraksi apabila Versus yang merupakan sebuah kelab hiburan mengambil inisiatif membuka ruang pada artis tempatan terutama band mengadakan persembahan.

XPDC dipilih membuka tirai persembahan 'Live @ Versus' disusuli band Khalifah pada 2 Oktober nanti. Antara dua band berpengaruh ini, mereka mempunyai ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan secara 'live' kali ini.

XPDC dipilih membuka tirai persembahan 'Live @ Versus' disusuli band Khalifah pada 2 Oktober nanti.
Bersama deejay, Ismahalil Hamzah sebagai pengacara majlis, peminat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM50 dan RM100 (untuk VIP).Pembelian tiket ini juga boleh dibuat dengan menghubungi Versus Club di talian 03-2602 2496, Yazid (011-3503 0241), Bobby (017-272 2880) dan Kita Peng Yu Offical (013-689 7380).
 
 
Comments



Back to top