Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Jangan Memandai Kata Saya Sudah Meninggalkan Dunia Lakonan" - Lisdawati

Cinta saya pada dunia lakonan tidak pernah pudar

0
comments
Saya tidak pernah mahu meninggalkan bidang lakonan yang saya sayangi.
“Saya masih mahu berlakon kerana  ia bukan sekadar minat malah ia adalah periuk nasi saya sejak dulu. Bagaimanapun ada sesetengah pihak memandai kata saya sudah meninggalkan bidang lakonan,” luah Lisdawati Nazaruddin, 37.
Menurut Lisda, walaupun sudah 15 tahun dia menghambakan dirinya dalam bidang seni namun cintanya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar. Dia yang pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2004/2005 menerusi drama Miftahul Jamilah  mengakui tidak pernah terdetik dihatinya untuk bersara kerana berlakon sudah sebati dengan dirinya.
"Memang selepas melahirkan anak ketiga, saya menyepi dari dunia lakonan selama dua tahun tetapi  kalau sudah namanya anak seni, sesibuk manapun menguruskan keluarga dan bisnes, saya tetap gian untuk aktif berlakon seperti dulu," katanya.
berharap selepas ini akan terus mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi.

Justeru, Lisda yang tampil langsing menafikan dakwaan dia sudah meninggalkan dunia lakonan.
"Mereka pula yang lebih tahu mengenai saya daripada tuan punya badan sendiri. Cerita itu tidak betul malah saya bersedia untuk bekerja dengan mana-mana produksi.
Saya berharap dengan kenyataan ini, penerbit dan pengarah akan menawarkan saya berlakon semula," katanya.
Isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi itu juga bersyukur kerana suami merestui minatnya dalam bidang seni.
"Selepas berhijab tiga tahun lalu, saya mahukan watak lebih bersesuaian dengan perubahan diri dan syukur suami memberikan kebebasan asalkan watak ditawarkan tidak melanggar batas agama di samping dapat menjaga nama baik keluarga," katanya.
Lisda juga juga tidak ada masalah bergandingan dengan Fauzi dalam drama atau telefilem.
"Kami profesional ketika berada di lokasi kerana lakonan adalah punca pendapatan kami. Saya juga anggap setiap tawaran berlakon yang datang adalah rezeki walaupun adakala bayarannya sama seperti ketika mula berlakon 10 tahun lalu," katanya
Apapun, kata Lisda fokusnya kini untuk bekerja keras demi kebahagiaan keluarga.
Turut membuka perniagaan menjual tudung dan shawl.

"Sekarang saya dan suami juga ingin berfikir secara matang dan maju ke depan serta tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi.  Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda dulu,” katanya.
Drama terbaru lakonan Lisda ialah telefilem Ayah Tak Pernah Kalah untuk stesen TV9, pelakon undangan dalam drama Gerak Khas musim baru dan Sikolot Suamiku yang akan bersiaran di Astro Ria.
Berkongsi pendapatnya mengenai kemunculan ramai bakat baru dalam bidang lakonan sekarang, dia tidak kisah diberikan watak sebagai kakak atau ibu. Jelasnya dia sudah bersedia untuk membawakan watak yang lebih dewasa.
"Lumrah seorang pelakon, apabila usia  meningkat bermakna akan muncul heroin yang lebih muda untuk mewarnai bidang seni. Saya tidak cemburu kerana lebih 10 tahun lalu saya sendiri pernah bergelar heroin.
"Ia tempoh yang lama dan sampai masanya peluang itu diberikan pada artis baru pula,” katanya yang pernah dicop sebagai pelakon air mata.
Perkembangan lain, Lisda juga mengusahakan perniagaan tudung, shawl ciptaan sendiri beroperasi di Platinium Walk, Danau Kota.
 
 
Comments



Back to top