Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Tanggungjawab Perlu Ikhlas, Eratkan Silaturahim" - Datuk Jalaluddin Hassan

Pelakon popular ini mengajak peminat bercuti bersamanya ke Eropah pada hujung tahun ini.

0
comments
Antara gambar menarik percutian Jalaluddin bersama isteri keluar negara sebelum ini. (Gambar: jalaludinhassan - Instagram)
Pada pandangan mata peminat, artis yang dilantik sebagai duta cukup bertuah kerana bukan saja mendapat bayaran yang lumayan malah, diberi produk atau perkhidmatan secara percuma atas pelantikan duta tersebut.

Namun, berbeza persepsi daripada pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan yang tidak sewenangnya mengambil mudah sebarang tawaran duta yang diterimanya.

Beliau menyatakan tanggungjawab sebagai duta perlu dilaksanakan secara ikhlas dan bertanggungjawab agar ia tidak memberi impak negatif pada artis itu sendiri.

"Saya bersyukur apabila lakonan saya dihargai peminat berbilang bangsa. Saya sebenarnya malu digelar artis kerana saya bukan pandai berlakon. Sebagai duta untuk percutian bersama peminat kali ini, jika tiada peminat yang ikut malu juga saya nanti tetapi itu urusan Allah kerana apa yang penting, kita sudah berusaha melaksanakannya," katanya pada sidang media Datuk Jalaluddin Hassan - Who Wants To Be With Me? - Misi Kembara Ke Eropah Bersama Imtiyaz Travel & Tours di Hulu Klang, Selangor, semalam.


Jalaluddin (dua dari kanan) bersama Ahmad Bukhori (dua dari kiri) menandatangai Memorandum Persefahaman Pelantikan Sebagai Duta Program Datuk Jalaluddin Hassan - Who Wants To Be With Me? - Misi Kembara Ke Eropah Bersama Imtiyaz Travel & Tours di Hulu Klang, Selangor, semalam. (Gambar: Rojak Daily Kaw!)

Tambahnya, beliau yang dilantik sebagai duta pelancongan ke Eropah kali ini menganggap ia suatu peluang terbaik untuknya bersama peminat bercuti ke luar negara sambil mengeratkan silaturahim.

"Sepatutnya, saya bersama mereka ke Bosnia tetapi ditangguhkan untuk percutian ke Eropah pada hujung tahun ini. Saya fikir ini adalah peluang pada peminat menikmati keindahan di luar negara dan paling penting mengeratkan silaturahim sesama kita," katanya yang mahu mengajak peminat solat berjemaah bersama ketika bercuti ke sana.

Sementara itu, Pengarah Urusan Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Bukhori Ghazali berkata, pemilihan Jalaluddin sebagai duta juga dilihat dari aspek latar belakang artis itu sendiri termasuk berita gosip yang boleh merosakkan imej syarikatnya yang sebelum ini dikenali menerusi pakej umrah.

"Dalam pakej percutian bersama beliau (Jalaluddin), kami menyasarkan 160 orang turut serta dan minimum 80 orang. Kami percaya beliau mempunyai ramai peminat tegar yang berkemungkinan mahu bercuti bersamanya," katanya.

Percutian selama 8 hari 6 malam kali ini bermula 2 Disember nanti akan berkunjung ke Kota London, Paris, Amsterdam dan Brussel dengan bayaran pakej sebayak RM9,900 seorang (tawaran sehingga 15 September) manakala RM10,500 seorang selepas tarikh tutup tawaran tersebut.




 
 
 
Comments