Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Keena Terpedaya Janji Profesor

Seramai 20 artis termasuk model dijanjikan projek penggambaran dan fotografi iklan.

0
comments
Keena Terpedaya Janji Profesor
Keena tampil membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu berhubung dakwaan penipuan projek berkenaan. (Gambar: Keena Mentor II - Facebook)
Penyanyi popular, Keena mendakwa ditipu seorang lelaki bergelar profesor yang mempunyai pangkat Datuk Seri yang menawarkan projek penggambaran dan fotografi untuk iklan dalam pengangkutan awam.

Dia menyedari menjadi mangsa tipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu. Dalam laporan itu, Keena menyatakan dia berjumpa lelaki berkenaan di sebuah pusat membeli belah pada 30 Jun untuk berbincang mengenai projek tersebut.

Namun, dia yang dijanjikan tawaran untuk penggambaran pada 25 Ogos dan akan ke Jakarta sebaliknya, sesi fotografi pada 10 Ogos lalu dibatalkan sebelum ditunda pada 15 Ogos. 

Lebih malang, Keena yang kini sibuk menjalankan bisnes minyak wangi K.A.W BY KEENA jenamanya menyatakan lelaki itu turut meminjam duit sebanyak RM100 daripadanya untuk menyelesaikan urusan saman keretanya. Dia juga berasa tertipu selepas beberapa mesyuarat diadakan dengan lelaki itu. 

Tambahnya, dia bukan seorang yang menjadi mangsa penipuan individu itu tetapi membabitkan 20 rakan artis lain termasuk model.

 
 
 
Comments



Back to top