Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood

Penggambaran filem ini membabitkan banyak adegan letupan.

0
comments
KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood
Adegan letupan membabitkan kenderaan mewah seperti Nissan Skyline, BMW dan kereta ronda polis termasuk aksi tembak menembak memberi kepuasan pada penonton. (Gambar: fiq000s, syamsulyusoffilm dan thehitmannazri - Instagram)
Menantikan filem aksi, KL Special Force arahan Syafiq Yusof di pawagam seolah mengidam makan durian yang sangat sedap.

Biarpun filem terbitan Skop Productions ini masih menjalani penggambaran, ia sudah menimbulkan rasa teruja penonton yang berpeluang menyaksikan gambar adegan aksi filem ini yang dikongsi di media sosial.

Menerusi Instgram iaitu fiq000s, iamrosyam, syamsulyusoffilm dan thehitmannazri, pelbagai gambar menarik yang memaparkan aksi pelakon utamanya, Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin dikongsi bersama.

Bayangkan adegan letupan membabitkan kenderaan mewah seperti Nissan Skyline, BMW dan kereta ronda polis termasuk aksi tembak menembak yang pastinya memberi kepuasan pada penonton yang mahu menyaksikan sebuah filem aksi yang membawa kisah kepolisian.

Syafiq yang sebelum ini dikenali menerusi filem arahannya seperti Abang Long Fadil, Villa Nabila dan Mat Moto, kini bereksperimen dengan filem aksi yang membelanjakan kos sebanyak RM2.5 juta. Di sebalik pembikinan filem hebat ini, ia dijangka menandingi kehebatan filem Hollywood dan ditunggu ramai penonton.

Berikut beberapa adegan menarik yang dirakam ketika penggambaran filem ini.


Aksi kereta 'terbang' menjadi antara adegan menarik dalam filem KL Special Force. (Gambar: thehitmannazri - Instagram)

Pelakon Fattah Amin melakukan aksi lagak ngeri sendiri. (Gambar: thehitmannazri - Instagram)

Pembabitan Rosyam dalam filem ini pastinya menarik perhatian ramai penonton. (Gambar: thehitmannazri - Instagram)

Adegan kereta ronda polis meletup menambah elemen aksi dalam filem ini. (Gambar: thehitmannazri - Instagram)

Aksi pelakon dalam adegan letupan memberi risiko besar pada filem ini. (Gambar: thehitmannazri - Instagram)


Syamsul juga membintangi filem KL Special Force. (Gambar: syamsulyusoffilm - Instagram)

Rosyam terbabit melakukan aksi lagak ngeri sendiri dalam salah satu adegan letupan. (Gambar: iamrosyam - Instagram)

Syafiq (kiri) berbincang bersama Fattah (tengah, baju merah) dan Rosyam (kanan) sebelum penggambaran. (Gambar: klspecialforce - Instagram)
 
 
Comments



Back to top