Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Afdlin Tawar Hadiah Pada Pencuri

Pengarah filem terkenal ini kehilangan telefon bimbit yang dipercayai dicuri.

0
comments
Afdlin Tawar Hadiah Pada Pencuri
Afdlin mengecam wajah pencuri tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). (Gambar: afdlinshauki - Instagram)
Pengarah dan pelakon filem terkenal, Afdlin Shauki meminta pencuri telefon bimbitnya agar memulangkan semula barangnya itu sebelum gambar pencuri itu disebarkan di media sosial.

Merujuk status Afdlin di Facebook dan Instagram, dia memuat naik sekeping gambar menunjukkannya berada di balai polis ketika membuat laporan kehilangan telefon bimbitnya yang dipercayai berlaku di sebuah kedai buku terkemuka.



Afdlin memberitahu dia mengecam pencuri tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memberi peluang pada pencuri itu untuk memulangkan telefon bimbitnya semula. Malah, Afdlin juga menawarkan hadiah pada pencuri itu.
 
 
 
Comments



Back to top