Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Penyanyi 19 Tahun 'Gegar' Istana Budaya

Nadira Adnan akan menyampaikan 14 lagu solo termasuk duet bersama Amy Search.

0
comments
Penyanyi 19 Tahun 'Gegar' Istana Budaya
Nadira mengakui gementar untuk berkongsi pentas dengan Amy Search menerusi Konsert Cinta pada 19 dan 20 Ogos ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. (Gambar: tengkunadiraadn - Instagram)
Ia sememangnya peluang keemasan yang ditunggu-tunggu dan menjadi titik tolak pencapaian dalam karier seni apabila membuat persembahan di pentas berprestij seperti Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Apa yang lebih mengujakan, peluang ini diraih bakat baru, Nadira Adnan yang baru berusia 19 tahun yang akan mengadakan konsert sulungnya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19 dan 20 Ogos ini.

Menerusi persembahan diberi judul Konsert Cinta, penampilan Nadira turut disertai empat penyanyi terkenal, Amy Search, Joe Flizzow, Noh Salleh dan Yuna serta Al-Ghazali dari Indonesia.

Dalam persembahan selama dua jam 45 minit ini, Nadira dijangka menyampaikan 14 lagu solo termasuk duet bersama Amy. Nadira menyatakan kepada Kosmo!, persembahan ini menjadi permulaan buatnya dalam mencipta nama sebagai anak seni dan menunjukkan usaha keras dalam bidang muzik.

Nadira yang juga pelajar bidang perubatan di sebuah universiti di Indonesia menyatakan artis yang terbabit dalam konsert ini menjadi inspirasi padanya dan mengakui gementar untuk berkongsi pentas dengan Amy.
 
 
 
Comments