Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Muzik U2 Bersama Orkestra Filharmonik Malaysia

Peminat U2 berpeluang menyaksikan persembahan muzik band ini bermula 9 September.

0
comments
Muzik U2 Bersama Orkestra Filharmonik Malaysia
Peminat tempatan pastinya teruja menyaksikan persembahan lagu U2 bersama Orkestra Filharmonik Malaysia. (Gambar: U2 - Facebook)
Kehebatan band rock tersohor, U2 di persada muzik antarabangsa memang tidak perlu dipertikai. Karya popular mereka seperti “Beautiful Day, With or Without You, One, Where the Streets Have No Name” dan banyak lagi cukup membuai perasaan ramai peminat.

Band yang berasal dari Dublin, Ireland ini ditubuhkan pada tahun 1976 membuktikan mereka masih band rock yang berpengaruh di seluruh dunia sehingga kini.

Pencapaian mereka mempunyai 12 album dengan jualan melebihi 150 juta album di seluruh dunia bersama 22 anugerah Grammy yang pernah dimenangi menjadikan karya U2 bersifat malar segar untuk terus dihayati peminat sehingga kini.

Bagi peminat U2 di sini, berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu band ini dalam versi ‘live’ orkestra yang dibawakan Orkestra Filharmonik Malaysia.



Kali ini, persembahan yang akan dipertontonkan selama tiga hari bermula 9 September depan menampilkan Brent Havens selaku konduktor muzik bersama Brody Dolyniuk (vocal), Dan Clemens (bass), Powell Randolph (dram), George Cintron (gitar) dan Justin Avery (keyboards).



 
 
 
Comments



Back to top