Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Janji Palsu" Ary Hadre

Bekas anggota Klangit ini muncul dengan single terbaru.

0
comments
Berdiri sebagai artis solo selepas membuat keputusan keluar daripada kumpulan Klangit, Ary Hadre kini muncul dengan single berjudul "Janji Palsu".

Mendapat sentuhan Adi Priyo (Sixth Sense) yang mencipta lagu ini, Ary menonjolkan kematangan vokal dalam album kali ini dan yakin karya ini dapat diterima pendengar termasuk peminat Klangit dan menjadi lagu pilihan pendengar menerusi radio.

Bercerita lanjut lagu tersebut, ia mengisahkan pasangan yang tidak jujur dalam perhubungan dan seringkali memberikan janji palsu sehingga percintaan mereka kecundang.

“Sejujurnya saya sangat teruja dan sedikit gementar memikirkan respon yang bakal diberikan oleh peminat terhadap single solo pertama saya ini. Jika dilihat melalui susunan muziknya, saya rasa genre ini amat digemari zaman sekarang selain kekuatan liriknya yang amat mendalam dan memberikan kesan terhadap pendengar.

“Maklumlah, kisah cinta ada bermacam-macam, jadi, lirik lagu ini saya anggap sebagai salah satu kisah sedih dalam menempuhi alam percintaan,” katanya. 



Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
 
 
Comments



Back to top