Rojak Daily Logo

Nurul Mangsa Panggilan Lelaki

0
comments
Nurul Mangsa Panggilan Lelaki
Nurul mendakwa perbuatan itu dilakukan seorang pekerja restoran makanan segera yang berkongsi nombor telefonnya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. (Gambar: Nourul Wahab Depp - Facebook)
Kebocoran maklumat boleh berlaku di mana-mana apatah lagi di zaman serba moden. Begitu juga, sama ada kita sedar atau tidak, nombor telefon kita dikongsi pihak tidak bertanggungjawab dan digunakan orang lain untuk tujuan yang salah.

Kejadian sedemikian turut berlaku pada penyanyi popular, Nurul Wahab apabila menerima panggilan individu tidak dikenali yang menyangka dia adalah seorang janda yang boleh terima sesiapa saja.

Penyanyi itu berkongsi pengalaman pahit itu menerusi Facebook, semalam menyatakan dia mengetahui gambar dan nombor telefonnya dikongsi seseorang kepada orang lain dalam kumpulan lelaki sehingga dia menerima pelbagai panggilan dan mesej di WhatsApp.



Ketika menyiasat perkara itu, Nurul mendakwa perbuatan itu dilakukan seorang pekerja restoran makanan segera yang berkongsi nombor telefonnya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka ketika dia membuat pesanan makanan di telefon.

Dalam status yang sama, Nurul menyatakan pihak restoran terbabit ada menghubunginya sejurus kejadian itu dan dia bersama suami berbincang untuk mengambil tindakan.



 
 
 
Comments