Rojak Daily Logo

6 Artis Malaysia Di Persada Antarabangsa

0
comments
6 Artis Malaysia Di Persada Antarabangsa
Kala artis tempatan berlumba-lumba mencari peluang terlibat dengan produksi luar, mereka boleh tersenyum dengan pengalaman dan kesempatan yang ada.  
 
Gambar: bbs.cnmo.com
Debbie Goh
Bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 yang mencipta nama di Hong Kong ini merupakan model dan pelakon kelahiran Johor. Dia dikenali melalui drama TV Age Of Glory (2008), The Descendant (2010), Glowing Embers (2012) dan Legend of Kublai Khan (2013). Dia berpeluang membintangi filem Lost In The Pacific membawa watak Lily Young. Filem fiksyen sains futuristik ini mengisahkan sekumpulan penumpang elit di atas sebuah pesawat mewah yang ditimpa tragedi akibat diserang makhluk mutasi. Filem ini turut dibintagi pelakon dari Hollywood Brandon Routh dan pelakon China Zhang YuQi.
 
Gambar: independent.co.uk
Mano Maniam
Pelakon yang terkenal dengan genre komedi dan aktif di pentas teanter ini terlibat dalam beberapa produksi Hollywood termasuk The Sleeping Dictionary yang menyaksikannya membawa watak anggota polis. Selain itu, dia turut disunting membintangi sebuah drama berjudul Marco Polo bersama Patrick Teoh, Sofi Jikan dan Ramli Hasan. Menerusi drama ini mereka berpeluang berlakon bersama Datuk Michelle Yeoh dan Benedict Wong yang pernah terlibat sebagai pelakon filem Moon, Prometheus dan The Martian.  

Gambar: celebrityimages.org
Deanna Yusoff
Pelakon tempatan yang pernah membintangi filem Chermin, Selubung, Abang 92 dan Ringgit Kasorrga ini pernah disunting membintangi filem Return To Paradise. Filem yang mengisahkan tragedi yang menimpa tiga sahabat baik ketika bercuti di Malaysia apabila mereka dikatakan terlibat dalam sindiket dadah. Dalam filem yang turut menampilkan Vince Vaughn dan Jada Pickett Smith yang mengambil lokasi penggambaran di penjara pudu menampilkan Deanna sebagai salah seorang perempuan yang berada di dalam bar.  
 
Deanna turut diberi peluang membintangi filem Anna and the King bersama beberapa pelakon Malaysia seperti Datuk Syed Alwi Syed Hassan, Mano Maniam, Sean Ghazi, Dharma Harun Al-Rashid, Afdlin Shauki, Harith Iskander, Ramli Hassan, Patrick Teoh, Zaibo, Mahmud Ali Bashah dan Ellie Suriaty. Dalam filem yang mengisahkan pengalaman seorang balu Inggeris, Anna Leonowens dan percintaannya dengan raja Siam semasa bertugas sebagai guru bahasa Inggeris kepada putera-puteri serta isteri-isteri Raja Mongkut sekitar tahun 1860-an, Deanna membawa watak Lady Thiang.  

Gambar: perangfilem1.blogspot.com
Erra Fazira
Pernah diangkat sebagai Primadona Filem Melayu, Erra disunting membintangi sebuah filem seram berjudul Hidden. Dia membawakan watak Dian, seorang ibu tunggal beranak satu yang berkenalan dan berkahwin dengan penulis duda lakonan Christopher Atkins. Dian risau akan perubahan sikap anaknya yang mempunyai tabiat untuk menyorok. Walaupun ditegah, anaknya terus menyorok secara tiba-tiba dan kematiannya juga tidak diketahui.


Rosyam Nor
Terbaharu Rosyam Nor terlibat dengan produksi Kollywood apabila diberi peluang berlakon disamping Rajinikanth. Meskipun dikatakan watak yang dilakonkannya hanya tempelan tetapi Rosyam punya alasan tersendiri untuk terlibat dalam filem ini.
 
Gambar: akustressgiler.blogspot.com
Ibrahim Pendek
Pelakon lama era Tan Sri P. Ramlee yang cukup terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok membawakan watak penyamun ini merupakan pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood berjudul The Spiral Road bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands.
 
 
Comments