Rojak Daily Logo

Indahnya Kehidupan Mereka

0
comments
Indahnya Kehidupan Mereka
Kediaman pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2016 serba lengkap
Melihat kepada persediaan tempat tinggal yang dilakukan oleh pihak produksi Akademi Fantasia 2016 untuk 14 orang pelajarnya, rasa terkedu juga.  Segala-galanya serba lengkap dan serba mewah.

Ruang tamu serba mewah yang disediakan oleh pihak penaja.
Beruntungnya 14 orang pelajar ini, bukan sahaja pembelajaran yang diterima daripada tenaga-tenaga pengajar antara yang terbaik di Malaysia, tetapi juga semua kelengkapan harian yang diperlukan juga tersedia.

Mungkin ruang untuk mereka menonton kembali persembahan mingguan dan mendengar kritikan tenaga pengajar
Kalau mereka menggunakan sepenuhnya apa yang disediakan oleh pihak produksi dan Astro khususnya, pasti akan lahir lebih ramai penyanyi hebat tanah air.

Beruntungnya, sebelum menjejakkan kaki ke kediaman rasmi, sudah ada 'hadiah' menanti
Semuanya sudah di hadapan mata, jadi tepuk dada tanya selera. Diari Akademi Fantasia akan bermula pada minggu hadapan, Isnin, 15hb Ogos, 2016 di Astro Ria saluran 104.
 
 
Comments