CLOSE
CLOSE

Dari Pentas Asia's Got Talent, The Sacred Riana Kini Bintang Filem 'The Sacred Riana : Beginning'

Berada di pawagam Indonesia 14 Mac ini.


  • Share:

Dari Pentas Asia's Got Talent, The Sacred Riana Kini Bintang Filem 'The Sacred Riana : Beginning'
Twitter dan kompas.com

Serammmmm!


Kalau anda tidak mengenali siapa The Sacred Riana, pemilik nama sebenar Marie Antoinette Riana Graharani ini merupakan pemenang Asia's Got Talent musim lalu.

 

Bergelar ahli silap mata seram dan pakar ilusi, Riana kini menganjak setapak lagi dalam kerjayanya apabila dia bakal muncul dengan filem tentang perjalanan hidupnya, 'The Sacred Riana : Beginning'.

   

Menerusi filem itu nanti, anda akan mengetahui perjalanan hidup Riana dan persoalan tentang aksi-aksi ilusinya akan terjawab. Apa yang anda perlu tahu tentang filem ini?

 

1. Filem berdurasi 100 minit ini bergenre seram. Diarahkan oleh sutradara Billy Christian, banyak unsur-unsur supernatural akan dimasukkan ke dalam filem ini.

  Riana kini bintang filem.

2. Terkenal dengan aksinya yang tidak bercakap, ia tidak menghalang proses penggambaran. Tempoh untuk menyiapkan filem ini hanya mengambil masa selama 18 hari sahaja.

 

3. Sebanyak 20 lokasi 'seram' dipilih untuk sesi saringan bagi penggambaran filem ini. Namun, satu tempat bernama Pangkah di Kota Tegal, Jawa Tengah dipilih sebagai lokasi utama penggambaran. Menurut pengarah, lokasi itu mempunyai aura seram yang sesuai dengan mood filem tersebut.

  Poster filem.

4. Tidak akan ada sosok hantu pocong ataupun pontianak, 'The Sacred Riana : Beginning' ini bercirikan hantu dari zaman Eropah. Hal ini kerana Riana yang pernah berada di peringkat separuh akhir America's Got Talent mudah diterima di pasaran antarabangsa. Jadi, karakter Riana itu lebih sesuai seperti di era-era Eropah.

 

5. Filem 'The Sacred Riana : Beginning' akan berada di seluruh pawagam Indonesia bermula 14 Mac ini. Adakah peminat di Malaysia ada harapan untuk menonton filem ini di pawagam Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top