CLOSE
CLOSE

Baru Dua Hari, Sudah 1.3 Juta Tontonan Di YouTube! Hebat Penangan 'Boboiboy The Movie 2'

Bak kata Boboiboy, TERBAIK!


  • Share:

Baru Dua Hari, Sudah 1.3 Juta Tontonan Di YouTube! Hebat Penangan 'Boboiboy The Movie 2'
Jumaat lalu, trailer filem animasi kedua Boboiboy The Movie telah didedahkan dan rata-rata peminat memuji kualiti video dihasilkan. Tidak kiralah dari segi animasi, aksi atau musik latar semuanya dikatakan berada di tahap 'top nocth' hingga ada yang membandingkannya dengan trailer filem Avengers.

Malah keterujaan itu jugalah membuatkan  trailer berkenaan 'meledak' di YouTube hingga mencapai lebih satu juta tontonan dalam tempoh dua hari. Hebat bukan?

Pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak menerusi Facebook peribadinya berkongsi rasa terima kasih dengan sokongan peminat biarpun filem itu belum lagi ditayangkan.


Untuk makluman anda, Animonsta Studios kini turut bekerjasama dengan Astro Shaw dan sudah pastinya kualiti yang ditampilkan berada pada tahap yang terbaik!


Walau bagaimanapun sehingga kini tarikh tayangan filem BoboiBoy The Movie 2 masih belum diketahui, jadi sama-samalah kita tunggu pengumuman daripada Animonsta Studio dan Astro Shaw.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top