CLOSE
CLOSE

Konsert International Women’s Day With Zee Avi And Njwa Ditunda

Ditunda pada 22 Jun 2019.


  • Share:

Konsert International Women’s Day With Zee Avi And Njwa Ditunda
Instagram @zeeavi dan @njwamusic

Tunda ke 22 Jun 2019.


Konsert International Women’s Days with Zee Avi and NJWA yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac ini terpaksa ditunda kepada 22 Jun depan.

 

Menurut Penganjur, Farhan Aizat dari Showlab Ventures, penangguhan tersebut disebabkan kerancakan konsert lain yang turut berlangsung pada Mac dan April serta beberapa aspek teknikal lain.

 Tangguh ke 22 Jun.

“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami", ujarnya menerusi satu kenyataan.

 Bintang Sarawak yang mencipta nama di luar negara.

Bertempat di lokasi yang sama iaitu Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), konsert tetap akan berlangsung seperti biasa iaitu jam 8.45 malam.

 Ready untuk persembahan NJWA?

Pembeli tiket konsert sebelum ini boleh mendapatkan informasi lanjut menerusi laman sosial penganjur iaitu Instagram, @showlab.my dan Facebook, ShowLab My.

 

Untuk anda yang mahu mendapatkan tiket, anda boleh semak harga tiket di sini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top