CLOSE
CLOSE

Versi Satu Atau Versi Dua? Pengakhiran Filem 'Misteri Dilaila' Buat Netizen Teruja

Jangan bergaduh, memang filem ini ada dua ending.


  • Share:

Versi Satu Atau Versi Dua? Pengakhiran Filem 'Misteri Dilaila' Buat Netizen Teruja
Astro Shaw

Siapa Dilaila sebenarnya?


Tular di laman sosial apabila netizen berkata tentang filem 'Misteri Dilaila'. Filem misteri thriller yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini mula berada di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari lalu.

Zul Ariffin sebagai Jefri, suami Dilaila.

Apa yang uniknya tentang filem lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan ini adalah kerana ia mempunyai dua pengakhkiran berbeza. Buat julung kalinya di Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions berganding menampilkan sebuah filem yang memberikan penonton kuasa untuk memilih kesudahan filem itu.

 

Sudah pasti apa yang hangat diperkatakan dengan menggunakan tanda pagar #MisteriDilaila adalah keterujaan netizen menonton pengakhiran yang tidak sama dan perbezaan pendapat tentang pengakhiran jalan ceritanya.

   

Bagi Syafiq Yusof sendiri, dia menyahut cabaran untuk memberikan naskhah yang segar kepada penonton. Menurutnya, "Saya berharap konsep ini mampu membantu filem genre misteri thriller mendapat lebih perhatian oleh penggemar filem tanah air sama seperti kelompok filem aksi dan seram.”

 Pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. Imam Aziz (Namron) muncul dengan memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat.

 

Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan Dilaila?

  Perbezaan pendapat dua lelaki ini.

Anda boleh semak senarai pengakhiran filem versi satu dan versi dua di sini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top