CLOSE
CLOSE

"Jika Tak Bagus, Saya Tak Berlakon"- Datuk Rosyam Nor Dedah Sebab Mengapa 'Misteri Dilaila' Wajib Ditonton

Ada yang bagi rating 5/5 okay!


  • Share:

Astro Shaw

Sudah pun ditayangkan bermula 21 Februari.


Misteri Dilaila telah pun menjengah pawagam bermula semalam. Rata-rata penonton memberi reaksi yang begitu positif terutamanya tentang jalan cerita filem terbabit secara keseluruhannya. 

Anda boleh lihat respon netizen di bawah.
Satu lagi perkara menarik tentang filem ini adalah dibintangi pelakon lagenda, Datuk Rosyam Nor yang memainkan watak inspektor Azman.

Rojak Daily berkesempatan untuk bertemu dengan beliau dan ini tiga sebab mengapa Misteri Dilaila antara filem yang bakal mengegarkan pawagan tanah air tahun ini.


#1 BUAT PERTAMA KALINYA, ANDA AKAN MELIHAT TIGA PEMBAWAKAN BERBEZA DALAM SATU WATAK



Watak dalam filem ini adalah sebagai polis iaitu inspektor Azman.

Jika dilihat pada watak ini ia nampak agak klise. Namun apabila diterangkan dengan jalan cerita dan skrip, Datuk Rosyam Nor menyatakan dia sendiri kagum dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengarahnya Syafiq Yusof.

Jelasnya wataknya kali ini agak berbeza dan mencabar kerana memerlukan perubahan dari segi emosi dalam tiga peringkat berbeza.

"Mula-mula watak saya rileks dan selepas itu ia agak memeningkan sedikit. Seterusnya ia akan menjadi lebih psiko. Secara ringkasnya saya ada tiga perwatakan berbeza," katanya.
 

#2 FILEM YANG BAKAL BUAT ANDA PUAS



Menurut Rosyam Nor, filem ini agak lengkap dengan elemen-elemen penting yang membuatkan penonton puas. Filem ini ada seram, misteri dan suspen.

"Jalan cerita ini antara naskah yang bijak buat industri perfileman dan kalau anda nak filem yang berbaloi untuk duit anda, maka ini adalah yang terbaik," katanya. 

#3 SKOP PRODUCTION TIDAK AKAN BUAT FILEM MAIN-MAIN, ASTRO SHAW JUGA TIDAK AKAN BERGANDING JIKA TIDAK BERKUALITI



Menurutnya, dia sendiri tidak akan berlakon jika filem terbabit tidak berkualiti. Syafiq Yusof memang dikenali sebagai pengarah yang menghasilkan filem berkualiti bermula dengan filem pertamanya SAM.

"Oleh sebab itu, gandingan Astro Shaw dan Skop Production bukanlah perkara biasa-biasa. Sudah tentu gabungan ini bersebab dan penonton anda semua wajib menonton Misteri Dilaila," katanya.
 

KEJADIAN SERAM?



Dalam pada itu Datuk Rosyam Nor turut mendedahkan pengalaman seram dialaminya ketika menjalani penggambaran filem terbabit di Bukit Fraser, Pahang.

Menurutnya, Misteri Dilaila mengambil masa sepanjang hampir 40 hari proses penggambaran di lokasi tersebut.

Jelasnya, dia dinasihati oleh beberapa krew dari bahagian art untuk tidak memasuki satu bilik di dalam banglo itu kerana terdapat gangguan mistik.

"Katanya ketika mereka cuba menolak pintu bilik itu, tiba-tiba ia menolak kembali dengan sendirinya. Disebabkan itu kami mengambil langkah untuk tidak memasuki bilik terbabit," katanya.

Bagaimanapun menurut Rosyam, beliau sendiri tidak menerima apa-apa gangguan sepanjang penggambaran.


Filem ini menyaksikan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahari sebagai watak utama, sementara Rosyam memegang watak sebagai seorang polis yang bernama Inspektor Azman.

Jangan lupa saksikan Misteri Dilaila yang telah pun menjengah pawagam bermula semalam.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top