CLOSE
CLOSE

'A Quiet Place 2' Bakal Mulakan Penggambaran, Ini Tiga Momen 'A Quiet Place' Pilihan Kami

Akan berada di pawagam pada 15 Mei 2020


  • Share:

'A Quiet Place 2' Bakal Mulakan Penggambaran, Ini Tiga Momen 'A Quiet Place' Pilihan Kami
PARAMOUNT dan AP

Tak sabar tunggu 15 Mei 2020!


Filem seram misteri penuh debaran, 'A Quiet Place' yang cemerlang dengan kutipan pecah panggung sebanyak USD341 juta nampaknya bakal memulakan penggambaran filem keduanya.

 

'A Quiet Place 2' bakal menjalani penggambarannya pada bulan Jun ini di sekitar New York, Amerika Syarikat. 

 A Quiet Place 2.  

Produser filem, Andrew Form mengesahkan bahawa John Krasinski menulis filem sekual ini pada Oktober tahun lalu namun tidak tahu sama ada adakah dia juga yang akan mengarahkan filem ini seperti filem yang pertama.

 

Memetik temubual bersama The Hollywood Reperter, Krasinski menegaskan sekual filem ini tidak semestinya menumpukan kepada keluarga yang sama seperti filem pertama mahupun makhluk asing yang sama. "Ia bukan seperti filem 'Alien' atau 'Jaws' dimana watak jahatnya adalah makhluk yang sama. Sekual ini berbeza dengan filem pertama", jelasnya lagi.

 Barisan pelakon.

Filem 'A Quiet Place' mengisahkan mengenai keluarga Lee Abbott lakonan John bersama isterinya, Evelyn Abbot (Emily Blunt) dan dua anak mereka, Regan (Millicent Simmonds) serta Marcus Abbott (Noah Jupe).

 

Mereka sekeluarga yang menetap di New York melarikan diri daripada serangan makhluk asing dan terpaksa bergantung kepada bahasa isyarat sehingga menyebabkan kematian suaminya.

 

Masih segar di ingatan kami tentang filem ini, kami senaraikan tiga momen terbaik filem 'A Quiet Place'.

1. Isteri bersalin

Babak paling mendebarkan.

Babak ini paling mendebarkan. Di saat si isteri, Evelyn Abbot menempuhi saat-saat mahu bersalin anak keempat mereka, dia didatangi makhluk asing yang akan membunuhnya dia jika dia bersuara. Bayangkan dia terpaksa bersalin seorang diri, tanpa kelengkapan bersalin dan tanpa mengeluarkan suara. Masih terasa ngilu akibat daripada babak tersebut.

 

2. Pengorbanan ayah

Lee mahu menyelamatkan anak-anaknya.

Ketika makhluk asing sedang mengejar mereka tiga beranak, Lee Abbott lakonan John Krasinski terpaksa mengorbankan dirinya sendiri demi keselamatan anaknya. Babak dia mengucapkan 'i love you' dalam bahasa isyarat kepada anaknya yang cacat pendengaran cukup meruntun hati.

 

3. Matinya makhluk durjana

Makhluk mati dengan bantuan alat pendengaran Regan.

Penghujung filem ini cukup memberikan penonton 1001 rasa. Nasiblah anak sulungnya, Regan lakonan Millicent Simmonds berjaya mencari penyelesaian untuk membunuh makhluk-makhluk tersebut pasti melegakan semua.

 

Filem A Quiet Place 2 akan berada di pawagam pada 15 Mei 2020.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top