CLOSE
CLOSE

Lagu 'NEGARAKU' Iringi Nyanyian Terakhir Altimet, 5,000 Penonton Sebak

Teruskan berkarya.


  • Share:

Lagu 'NEGARAKU' Iringi Nyanyian Terakhir Altimet, 5,000 Penonton Sebak
Sony Kartel

Salute, Altimet!


SEBAK. Itu satu perkataan yang menggambarkan perasan kami setelah tamat The Last Altimet Show yang telah berlangsung malam Sabtu lalu di PWTC.

Syukur!

Setelah 20 tahun pengembaraan kariernya berkembang dan berakhir dengan sebuah konsert penuh magis, akhirnya Altimet mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bergelar seorang penyanyi rap.

 

Konsert terakhir ini turut memperlihatkan Altimet berkongsi pentas bersama lebih 20 artis jemputan seperti Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Aman RA, Awi Rafael, Aizat Amdan, Noh Salleh, Zizi Kirana, Adeep, Kidd Santhe, Amir Jahari, Ila Damiaa, Salammusik, Sasha Ningkan, Dan Shiv, Cuurley, The Kawan Band dan Stylustiks.

 Altimet menerima sejambak bunga dari ibunya.

Dua jam berlalu tanpa sebarang gimik dan Altimet menghidangkan lagu-lagu popularnya seperti 'Cantik', 'Bersamamu', 'Berada', 'Mambang', 'Sang Saka Biru', 'Amboi' bersama penyanyi jemputan tanpa henti. Bravo Altimet!

 

Lebih istimewa apabila lagu 'Negaraku' nyanyian Aizat Amdan berkumandang penuh syahdu mengiringi minit-minit terakhir konsert. Semua di dalam dewan turut sama menyanyikan lagu ini, cukup memberi semangat kepada kita sebagai anak bangsa.

Momen membanggakan Altimet pilihan kami

1. Persembahan Anugerah Juara Lagu (AJL)

Siapa boleh lupa persembahan epik duit bertaburan menerusi lagu 'Kalau Aku Kaya' dan persembahan dikir barat lagu 'Amboi'.

Lagu 'Kalau Aku Kaya' menjadi lagu hip-hop pertama memenangi tempat ke-3, dan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu 'Amboi'. Lagu Bunga juga berjaya melayakkan diri ke AJL33 dan dipersembahkan oleh DeFam.

2. August Man - Men Of The Year 2016

Men Of The Year 2016.

Atas pencapaian dan penampilannya yang menyerlah, Altimet telah dipilih sebagai 'Men Of The Year' tahun 2016 oleh August Man, sebuah majalah berbahasa Inggeris.

3. Alpha Man - Glam Lelaki

Penghias majalah Glam Lelaki September 2018.

Tahun 2016 juga mencatatkan kenangan manis buat karier Altimet apabila dia telah dipilih sebagai Alpha Man majalah Glam Lelaki. Malah telah dipilih menjadi lelaki muka depan bagi isu September 2018 seiring dengan populariti lagu 'Bunga'.

4. Suara Waze

Amboi, amboi, amboi!

Pada 2017, suara Altimet juga pernah dipilih sebagai suara menunjuk arah di dalam aplikasi Waze. Arahan suara didengari di seluruh dunia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pasti ada di antara anda yang pernah menggunakan suara Altimet sebagai suara Waze.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top