CLOSE
CLOSE

Plot Twist Di Atas Plot Twist, Ini 5 Faktor Mengapa Anda Perlu Tonton 'Misteri Dilaila'

Wajib tonton guys!


  • Share:

Plot Twist Di Atas Plot Twist, Ini 5 Faktor Mengapa Anda Perlu Tonton 'Misteri Dilaila'
Astro Shaw

Mula ditayangkan 21 Februari Ini.


Tahun 2019 sudah pun memasuki bulan Februari tetapi rasanya masih belum ada filem tempatan yang betul-betul 'kick' menjengah pawagam bukan?

Namun, filem Misteri Dilaila yang akan menemui penonton pada 21 Februari ini berkemungkinan akan mengubah situasi terbabit. Filem ini dibintangi barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Namron, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.

Malah genre yang ditampilkan oleh pengarahnya, Syafiq Yusof kali ini betul-betul berbeza. 

Persoalannya, apakah faktor yang membuatkan filem ini berbeza daripada filem lain? Kami ada 5 fakta menarik untuk dikongsikan.
 

#1 PENGGAMBARAN FILEM DI LOKASI YANG PENUH KISAH MISTERI 

Benarkah kisah seram yang diceritakan?
Mengikut sejarah, Fraser Hill mendapat nama daripada seorang pengembara Scotland, Louis James Fraser.

Berdasarkan penulisan bekas Pesuruhjaya Tinggi British, George Maxwell, Louis James Fraser telah datang ke Pahang dan menetap di Tras ketika perlombongan biji timah sedang berkembang pesat sekitar tahun 1890-an.

Fraser akhirnya berpindah ke tanah tinggi itu dan menjadikan kawasan bukit tersebut sebagai tapak menjalankan aktiviti perdagangan bijih timahnya. Bagaimanapun, Fraser dikatakan telah hilang secara misteri pada tahun 1916. 

Kehilangan Fraser masih menjadi tanda tanya.
Kehilangan Fraser sehingga sekarang menjadi tanda tanya dan puncanya juga sehingga kini masih misteri.

Jadi apa pula kaitannya Fraser Hill dengan kehilangan Dilaila? 
 

#2 JALAN CERITA KALI INI BUKAN BIASA-BIASA


Jalan cerita meninggalkan 1001 persoalan buat penonton.
Jalan ceritanya mudah, mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh dan keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. 

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Persoalannya dimanakah Dilaila yang sebenar? Siapa pula yang menyamar menjadi Dilaila?
 

#3 FILEM ARAHAN SYAFIQ YUSOF!


Digelar sebagai King of Plot Twist
Sutradara Syafiq Yusof pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem pada Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) 2017 menerusi filem Desolasi. 

Selain Desolasi, karya Syafiq Yusof yang hebat lain adalah SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila, Abang Long Fadil 2 dan KL Special Force.

Melihat sejarah hasil kualiti pada pengarah muda ini, rasanya tiada sebab untuk tidak menonton karya terbaru ini.
 

#4 DARI SERAM KELAKAR KEPADA MISTERI THRILLER

Watak paling mencabar mungkin?
Zul Ariffin sekali lagi ke layar perak bagi membuktikan dia antara pelakon lelaki terbaik negara. Kali terakhir kita melihat Zul Ariffin berlakon adalah ketika filem Hantu Kak Limah (genre komedi seram) dan kali ini beraksi pula dalam genre misteri thriller. 

Selain itu, kita juga akan melihat bagaimana lakonan Elizabeth Tan yang memainkan watak penting sebagai Dilaila dalam filem ini. Jangan lupa ya ada Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron juga. 
 

#5 ENDING CERITA YANG...MISTERI


Apa yang terjadi pada Dilaila?
Menurut Astro Shaw, ending filem ini langsung tidak dijangka dan akan membuat penonton menontonnya sekali lagi. Ending pun misteri guys!

Apa yang pasti filem Misteri Dilaila akan membawa satu konsep baru dalam industri perfileman Malaysia.


Jadi, jangan lupa saksikan filem hebat ini bermula 21 Februari 2019. Menjelang 10 hari tayangan, difahamkan Misteri Dilaila akan ditayangkan di lebih 100 buah pawagam di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Brunei.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top