Rojak Daily Logo

Berjaya Tangkap 142 Pokemon, Johnson Terima Ganjaran Lumayan!

0
comments
Berjaya Tangkap 142 Pokemon, Johnson Terima Ganjaran Lumayan!
Cabaran pertama menjejaki Pokemon berjaya diselesaikan Johnson yang bertuah mendapat tajaan untuk misi seterusnya. (Gambar: vox, playbuzz, nextshark dan theverge)

Seorang lelaki membuktikan dia juara Pokemon Go peringkat pertama apabila berjaya menangkap 142 Pokemon dalam masa beberapa minggu di sekitar Amerika Syarikat. Pencapaiannya itu membolehkan dia membuka cabaran seterusnya menerusi applikasi Reddit.

Apa yang menarik perhatian, cabaran seterusnya yang perlu dihadapi Nick Johnson adalah menangkap watak lain dalam permainan itu yang berada di lokasi berbeza di seluruh dunia. Ini bermakna dia perlu menjelajah negara lain dalam meneruskan permainan tersebut dan disebabkan dia adalah individu pertama yang berjaya ke peringkat ini, kesemua pembelanjaan misi pencariannya adalah percuma!

Pokemon | Rojak Daily
Johnson mengakui badannya menjadi lebih sihat apabila berjaya turunkan berat badan antara 3 sehingga 5 kilogram. (Gambar: nextshark)

Laporan Next Shark menyatakan Johnson perlu menangkap watak-watak lain dalam Pokemon seperti Mr Mime, Farfetch'd dan Kangaskhan di sekitar Jepun, Australia dan Eropah. Seperti dimaklumkan, perjalanan peminat Pokemon bertuah ini ditaja Marriott Rewards.

Johnson juga memberitahu USA Today, dia berasa hebat dan banyak berehat, bersenam serta bertemu ramai orang. Malah, dia mengakui badannya menjadi lebih sihat apabila berjaya turunkan berat badan antara 3 sehingga 5 kilogram.

 
 
Comments