CLOSE
CLOSE

"Selamat Tinggal Sayang" Menang Lagu Paling Viral 2018

Zizan Razak menang muzik video paling lit.


  • Share:


Malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) yang berlangsung penuh meriah Jumaat lalu menobatkan lagu Haqien Rusli, "Selamat Tinggal Sayang" sebagai Lagu Paling Viral 2018.

  EDMA2018 meriah!

Dianjurkan oleh radio ERA dan penaja, Deeja Cosmetic mengumumkan pemenang-pemenang setiap tujuh kategori yang dipertandingkan.

  Haqiem Rusli dengan 3 anugerah.

Pemenang-pemenang Anugerah Muzik Digital Era 2018:

1. Lagu Paling Viral

Haqiem Rusli - "Selamat Tinggal Sayang"

2.Muzik Video Paling Lit

Zizan Razak - "Kau Takkan Tahu"

3. Penyanyi Kolaborasi Terbaik

Haqiem Rusli dan Aman Ra - "Jatuh Bangun"

4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial

Khai Bahar

5. Temubual Terbaik Carta ERA

Haqiem Rusli

6. Penyanyi Pilihan DEEJA

Ariff Bahran

7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Kategori ini tidak dibuka untuk undian)

Alif Satar - "Sesungguhnya Aku"

  Ariff Bahran dengan anugerah pertamanya.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, penonton turut dihidangkan dengan persembahan penyanyi-penyanyi tempatan terhebat seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aliff Satar, Akim & The Majistret, Ara Johari serta penyanyi-penyanyi berkembang seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani, One Avenue Band dan Ben Ladin.

  Tokti raih anugerah penghargaan.

Bersiaran secara langsung di laman Facebook ERA, EDMA2018 turut memberi penghargaan kepada tokoh industri muzik Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atas sumbangannya yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top