CLOSE
CLOSE

[UPDATE] Pencinta Muzik Tempatan, Ini 8 Konsert Lokal Yang Akan Berlangsung Tahun Ini

Sokonglah industri muzik tempatan.


  • Share:

[UPDATE] Pencinta Muzik Tempatan, Ini 8 Konsert Lokal Yang Akan Berlangsung Tahun Ini

Tahun 2019 semestinya mengundang keterujaan buat peminat muzik di Malaysia. Bukan sahaja dengan kehadiran pumuzik antarabangsa seperti Ed Sheeran, Blue, Blackpink mahupun Dewa 19, pemuzik tempatan juga sama hebatnya.

 

Bakal memenuhi kalender 2019 dengan konsert mereka, disini kami senaraikan tujuh konsert pemuzik tempatan.

 

1. The Last Altimet Show

Persembahan terakhir Altimet.

Untuk terakhir kalinaya, Altimet bakal tampil dengan satu persembahan terakhir sebelum bersara sebagai seorang penyanyi secara rasmi. Konsert The Last Altimet Show yang dibawakan khas oleh Nescafe itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan dari barisan artis terkenal tanah air seperti Aizat Amdan, Hazama, Tomok, Awi Rafael, Noh Salleh, Aman Ra dan ramai lagi.
 

2. Konsert Siti Nuhaliza On Tour

Tak sabar!

Datuk Seri Siti Nurhaliza akan ke empat destinasi pilihannya bagi mengubat rindu peminat melalui konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari 2019. Selain Malaysia, Indonesia dan Singapura, beliau akan mengembalikan nostalgia dengan mengadakan konsert di lokasi ke-4 iaitu Royal Albert Hall, London pada 22 April 2019.

 
  • Tarikh: 21 Februari, 2 Mac, 16 Mac dan 22 April 2019
  • Tempat: Istora Senayan Jakarta, Singapura Expo, Axiata Arena, Kuala Lumpur dan Royal Alber Hall, London.
  • Tiket: www.myticket.asia

3. International Women's Day Zee Avi + Njwa Concert 

Go girls!

Dua figura tempatan bertaraf antarabangsa berkolaborasi untuk Konsert Zee Avi + Njwa yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut setiap tahun. Gabungan duo Zee Avi dan Njwa pasti menggegarkan pentas dengan gpaduan vokal klasik tersendiri.

4. Konsert Ella Unplugged in KL

Ella kembali dengan konsert solo.

Pemilik suara malar segar ini kembali dengan konsert solonya. Akan berlangsung selama tiga hari, tidak ada alasan bagi peminat Ella untuk terlepas konsert Ella Unplugged ini. 

5. Konsert 3 Suara

Tiga suara berbisa.

Selepas cemerlang dengan persembahan di Istana Budaya dua tahun lalu, Konsert 3 Suara kembali menemui peminat namun lokasinya adalah di luar Lembah Klang. Datuk Jamal Abdillah, Zamani dan Ameng akan membuktikan mereka kekal berbisa.

6. Konsert Soul Sisters

Paduan suara hebat.

Tiga penyanyi dengan kualiti vokal tersendiri akan bergabung untuk menjadikan malam anda indah bak berada di kayangan. Misha Omar, Siti Sarah dan Juara Gegar Vaganza musim ke-5, Noryn Aziz bakal membawakan lagu-lagu hits mereka dengan pengalaman konsert yang berbeza buat anda.

  • Tarikh : 5 dan 6 April 2019
  • Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur
  • Tiket: airasiaredtix.com

7. Dayang Dua Dekad

Konsert ulang tahun ke-20 Dayang Nurfaizah.

20 tahun dalam industri muzik negara merupakan tempoh yang selayaknya untuk penyanyi ini berbangga dengan pencapaian dirinya. Konsert yang bakal diterbitkan oleh Shiraz Projects itu bakal meraikan kerjaya seni Dayang Nurfaizah.

  • Tarikh: 21 Julai 2019
  • Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur
  • Tiket: Akan dikemaskini.

8. Konsert Azharina Queen of Soul

Queen of soul!

Ada yang kata kerjaya Azharina sepi selepas menjuari Gegar Vaganza musim ke-3, Azharina akhirnya kembali membalas dendam dengan Konsert Azharina Queen of Soul. Konsert ini bersempena sambutan ulang tahun ke-18 pembabitan penyanyi itu dalam bidang seni. Baru sahaja mengumumkan perkara ini semalam, 200 tiket sudah terjual!

 

Inilah masanya untuk anda kumpul duit, menabung demi menyaksikan penyanyi kesayangan anda membuat persembahan. Selamat memburu tiket!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top