CLOSE
CLOSE

Daripada King Of Plot Twist, Syafiq Yusof - Saksikan Trailer Rasmi Filem 'Misteri Dilaila'

Siapakah Dilaila sebenarnya?


  • Share:

Daripada King Of Plot Twist, Syafiq Yusof - Saksikan Trailer Rasmi Filem 'Misteri Dilaila'
Foto: Astro Shaw

Tahun 2018 menjadi tahun yang cemerlang buat Astro Shaw dan Skop Productions apabila filem-filem tempatan seperti 'Hantu Kak Limah', 'Munafik 2', 'Paskal' dan 'Polis Evo 2' mencatat keuntungan yang membanggakan.

 

Membuka tirai tahun 2019, Astro Shaw dan Skop Productions bergandingan untuk sebuah filem seram, Misteri Dilaila.

 

Filem arahan sutradara yang terkenal dengan jolokan 'king of plot twist', Syafiq Yusof ini bakal berada di layar perak pada 21 Februari ini.

  Poster rasmi Misteri Dilaila.

Filem ini dilakonkan oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Namron dan ramai lagi.

 

Astro Shaw baru sahaja mengeluarkan trailer rasmi 'Misteri Dilaila' dan menerusi trailer berdurasi tiga minit ini, buatkan kami tak sabar nak mengetahui rahsia Dilaila.

Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

 

Malam pertama disana, Jefri diganggu kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang.

 

Iman Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu bukan isterinya.

 

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi ini? Segalanya akan terjawab pada 21 Februari ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top