CLOSE
CLOSE

Selain Aquaman, Ini Antara Filem Lain Mencapai Kutipan Lebih $1 Billion!

Tak sabar tunggu filem tahun ini!


  • Share:

Selain Aquaman, Ini Antara Filem Lain Mencapai Kutipan Lebih $1 Billion!
Mana satu filem favorite korang? (Gambar: (Polygon)
Filem Aquaman telah pun mencapai jumlah kutipan pecah panggung sebanyak USD$ 1 Billion dan jumlah terbabit masih dikira memandangkan ia masih lagi ditayangkan.

Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan filem Aquaman sebaris dengan Avatar, Titanic, dan Star Wars The Force Awakens sebagai antara filem kutipan tertinggi.

Namun tahukah anda sebenarnya tidak banyak filem yang berjaya mencapai lebih daripada $1 Billion. Kami senaraikan beberapa filem yang anda mungkin terlepas pandang.

#1 "Alice In Wonderland" (2010)


LetterboxdJumlah keuntungan: USD$1,025,500,000

Filem arahan Tim Burton ini menjadikan antara karya klasik Disney yang mencapai kutipan $1 billion ketika ia ditayangkan pada 2010. Bagaimanapun filem sequel keduanya tidak berjaya meneruskan legasi terbabit.
 

#2 "Finding Dori" (2016)


Kisah ikan yang pelupa.
Jumlah keuntungan: USD$1,028,600,000

Sequel "Finding Nemo" ini berjaya menjadi antara lima filem animasi yang mendapat kutipan tertinggi. Malah pada 2016, ia juga menjadi filem kedua melepasi keuntungan $1 billion selepas Zootopia.
 

#3 "Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides" (2011)


Mana satu favorite korang?
Jumlah Keuntungan: USD$1,045,700,000

Terdapat empat filem "Pirates Of Carribean" dihasilkan dan hanya dua daripadanya mencapai kutipan $1 Billion. Filem kedua adalah "Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest" yang ditayangkan pada 2016. 
 

#4 "Captain America: Civil War" (2016)


Korang team siapa?Jumlah Keuntungan: USD$1,153,300,000

Tiada filem yang tidak pecah panggung bagi Marvel dan "Captain America : Civil War" antara yang mendapat kutipan tinggi. Ia menjadi filem blokbuster pada 2016.

#5 "Incredibles 2" (2018)


Antara filem animasi supehero.
Jumlah Keuntungan: USD$1,242,800,000

Walaupun mengambil masa 14 tahun selepas filem pertamanya, namun "Incredibles 2" masih mendapat sambutan bagi penggemar filem animasi.

#6  "Frozen" (2013)


Berapa kali korang tengok Frozen?
Jumlah Keuntungan: USD$1,276,500,000

Filem animasi ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Malah ia merupakan filem animasi yang menerima kutipan tertinggi setakat ini.
 

#7 "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part Two" (2011)


Mungkin filem Harry Potter terbaik setakat ini.

Jumlah Keuntungan :  USD$1,341,500,000

Satu-satunya francais filem Harry Potter yang mencapai kutipan $1 billion. Jika ada sekalipun hanya "Harry Potter Sorcerer's Stone" saja hampir mencapai jumlah terbabit iaitu sekitar $975 juta.

Senarai di atas dipilih secara rawak, jika anda mahu melihat senarai penuh 37 filem mencapai $1 Billion, anda boleh klik di sini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top