CLOSE
CLOSE

Catat Jualan RM67,000 Seminit Di Go Shop, Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Hadiah Tiket Konsert

Tiket free guys, tunggu apa lagi!


  • Share:

Catat Jualan RM67,000 Seminit Di Go Shop, Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Hadiah Tiket Konsert
Sisi lain penyanyi nombor satu, Siti Nurhaliza.
Ahad lalu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan di Astro Go Shop apabila membuat kemunculan khas selama 2 jam.

Siti Nurhaliza muncul di saluran Go Shop (CH118/CH120), Astro Ria (CH104), Astro Ria HD (CH123) and HELLO (CH110) bagi memperkenalkan koleksi eksklusif periuk tahan karat jenama Vantage. 

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Memasak then lepas tu menyanyi okay!
Apa yang lebih mengagumkan, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak pertama disiarkan. Pada masa sama ia juga turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! 

Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!

Semasa program berlangsung, Datuk Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Terjual sebanyak 22,000 unit!
Datuk Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’. 

Terdapat pelbagai peralatan memasak Vantage edisi terhad Datuk Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Datuk Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

PELUANG MEMENANGI TIKET KONSERT!

Get ready guys! Tokti nak beri tiket percuma!
Berita baik buat anda, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
 
Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour?

1) Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019.
2) Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.


Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top