Tiada Lagi Pas Percuma, Tiket AJL33 Sudah Mula Dijual

Siapakah empunya vokal terbaik?


  • Share:

Tiada Lagi Pas Percuma, Tiket AJL33 Sudah Mula Dijual

Jika tahun-tahun terdahulu anda boleh menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) secara langsung dengan percuma, tidak lagi tahun ini.

 

Sebaliknya, orang ramai boleh menyaksikan AJL33 dengan membeli tiket yang sudah dijual bermula hari ini.

 

Tiket AJL33 yang akan berlangsung pada 3 Februari depan di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM25 (Aras 4), RM35 (Aras 3), RM55 (Arena).

 

Memetik kenyataan Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa di Harian Metro, ini adalah kali pertama tiket AJL dijual kepada peminat. Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket AJL33 secara atas talian.

 Lagu Di Matamu antara yang dinanti.

Anda boleh membeli tiket AJL33 secara atas talian di sini dan ia dijual sehingga 2 Februari 2019.

 

Dapatkan tiket anda segera sebelum habis, kami pun tak sabar nak menonton persembahan Misha Omar, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi serta ramai lagi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top