Penantian 20 Tahun Berakhir! Filem XX Ray III Akan Menemui Penonton Januari Ini!

Filem sains fiksyen paling legend satu ketika dulu.


  • Share:

Penantian 20 Tahun Berakhir! Filem XX Ray III Akan Menemui Penonton Januari Ini!
Masih ingat lagi filem XX Ray? Antara filem sains fiksyen terawal dan popular satu ketika dulu.

Kalau anda terlupa, filem XX Ray pernah ditayangkan pada tahun 1992 manakala XX Ray II pada tahun 1995. Antara karakter paling diingati pastinya Aziz M Osman sendiri serta Jalaludin Hassan sebagai Hang Tuah. 

Berita baik bagi yang pernah menonton filem ini, Aziz M Osman sendiri telah mengesahkan kehadiran filem  XX Ray III.


Filem ini menampilkan Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Saiful Apek, Ashraf Muslim dan ramai lagi. Tayangan mulai 24hb Jan 2019 di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Anda boleh saksikan trailer eksklusif yang baru saja dikeluarkan ini.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top