CLOSE
CLOSE

Bikin Konsert Di 4 Negara, Ini 5 Lagu Wajib Ada Pada Konsert #SitiNurhalizaOnTour

Lagu tradisional WAJIB ada.


  • Share:

Bikin Konsert Di 4 Negara, Ini 5 Lagu Wajib Ada Pada Konsert #SitiNurhalizaOnTour
Foto: Wikipedia

Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mengubati kerinduan peminat dengan Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang akan diadakan di empat negara!

Yeay, rindu konsert Tokti!

Empat negara yang dimaksudkan termasuklah Istora Senayan, Jakarta (21 Februari), Singapore Expo, Singapura (2 Mac), Axiata Arena, Kuala Lumpur (16 Mac) serta Royal Albert Hall, London (22 April)

 

Konsert itu turut menampilkan penyanyi popular Indonesia, Tulus sebagai pembukaan dan persembahan duet di tiga lokasi konsert.

  Cantiknya Tokti!

Bagi Datuk Seri Siti sendiri, konsert ini diadakan bersempena ingin merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muziknya selain mahu peminat untuk mengembara bersamanya.

 

Pasti peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengikuti perjalanan karier beliau selama ini ternanti-nantikan konsert kali ini.Ini lima lagu yang pada kami, WAJIB dipersembahkan menjelang konsert beliau kelak.

 

1. Cindai

2. Purnama Merindu

3. Seindah Biasa

4. Ya Maulai

5. Bukan Cinta Biasa

 

Okay, anda dah ada duit dan bersedia nak rebut tiket? Kami yakin ramai tak sabar! Dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, tiket konsert boleh didapati di sini bermula 26 Disember 2018.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top