Rojak Daily Logo

Adi Putra Tidak Berahsia, Perkahwinan Satu Anugerah

0
comments
Adi Putra Tidak Berahsia, Perkahwinan Satu Anugerah
Adi Putra menjelaskan dia berkahwin lagi bukan soal zuriat atau perniagaan. (Gambar: adpadiputra - Instagram dan Astro Gempak)

Kontroversi membabitkan pelakon popular, Adi Putra mengenai isu peribadi berkahwin dua terjawab apabila tampil membuat pengakuan dia sememangnya sudah berkahwin lagi . Pelakon berusia 35 tahun itu menyatakan masyarakat boleh melabelnya sebagai perampas tetapi dia menganggap perkahwinan itu satu anugerah.

Pada sidang media semalam, pelakon drama popular Lambaian Ramadan ini menjelaskan majlis pernikahan bersama isteri keduanya sudah dimaklumkan pada isteri pertamanya, Aida Yusof yang berlangsung pada 20 Jun lalu.

Tambahnya, dia berkahwin lagi bukan soal zuriat atau perniagaan tetapi mengenali isteri keduanya dikenali sebagai Noor Shahida selama tujuh sehingga lapan bulan sebelum berkahwin iaitu tempoh sama perkenalannya dengan isteri pertama. Jelasnya seperti dilaporkan Utusan Online, dia tidak berahsia mengenai perkahwinan ini dan hanya menunggu masa sesuai untuk mengadakan sidang media.

Dalam pada itu, Adi menyatakan dia hormat dan bangga dengan Aida yang sebelum ini memberikan kenyataan tidak tahu mengenai pekahwinan terbaru suaminya itu sehingga menunggu masa Adi sendiri yang membuat pengakuan.

Isu status perkahwinan kedua Adi menarik perhatian ramai peminat selepas bekas adik ipar isteri keduanya yang turut hadir pada sidang media itu menjelaskan abangnya bukan pihak yang menyebarkan luahan hati menerusi media sosial.

 
 
Comments