Awek Cendol, Hantu Kak Limah Dan Iklan Raya Astro Antara 10 Video YouTube Popular 2018!

  • Share:

Awek Cendol, Hantu Kak Limah Dan Iklan Raya Astro Antara 10 Video YouTube Popular 2018!
Antara yang menyerlah tahun ini. (Gambar: Remaja/Youtube/ Astro Shaw)
Tahun 2018 hampir melabuhkan tirai dan rasanya tidak sah jika tidak melihat senarai video YouTube yang paling banyak ditonton rakyat Malaysia.

Mengapa YouTube? Kerana YouTube merupakan komuniti video dalam talian paling popular di dunia!

Sebelum kami senaraikan video-video ini, perlu diingatkan kedudukan ini telah ditentukkan berdasarkan waktu yang diluangkan untuk menonton, berkongsi, meninggalkan ulasan, menyukai video oleh penonton di Malaysia.

Jadi ia bukanlah kerana jumlah tontonan semata-mata! Enjoy guys!

#1 SYAMEL DAN ERNI ZAKRI


Penyanyi Syamel and Ernie Zakri menduduki tempat teratas dengan persembahan langsung mereka bagi lagu ‘Aku Cinta'. Lagu ini trending sebaik tamat anugerah kemuncak AJL32.

Setakat ini video menerima 9.7 juta tontonan.

#2 VIDEO RAYA ASTRO - GAYA RAYA PALING ORI


Hebat penangan Wak Nik yang sentiasa mahu tampil ORI! Video ini menerima pujian ramai dari segi jalan cerita dan juga kualiti video ini dihasilkan. Semuanya elemen lengkap termasuklah kemunculan makcik bawang.

Video ini menerima 10.6 juta tontonan.

#3 HANTU KAK LIMAH (TAYANGAN PERDANA)


Filem Hantu Kak Limah nampaknya memang mencetuskan fenomena. Habis semua 'dikokak' termasuklah jumlah tontonan di YouTube.

Video ini menerima 5.9 juta tontonan.

#4 SRIKANDI CINTAKU 


Lagu yang diberi nafas baru ini adalah runut bunyi bagi filem Hantu Kak Limah. Gabungan Awie dan Mus May dengan gubahan keroncong sememangnya perfect!

Video ini menerima 6 juta tontonan.

#5 DUGAAN PUASA


Video puasa atau raya pastinya paling ditunggu-tunggu. Hasil Alieff Irfan ini tidak kurangnya!

Video ini menerima 3.3 juta tontonan.

#6 KUGIRAN MASDO - BUNGA


Video muzik ini diterbitkan oleh Astro Gempak secara eksklusif. Mood dan jalan cerita menarik nampaknya berjaya memukau penonton untuk melayan video berulang kali.

Video ini menerima 5.7 juta tontonan.

#7 SEDAP BUDAK INI NYANYI, BERDIRI BULU ROMA KALAU DENGAR



Siapa sangka video yang direkod di tepi jalanan mampu mencecah jutaan penonton di YouTube. Suara kanak-kanak perempuan ini menyanyikan lagu berpisah jua dari Ziana Zain berjaya memukau penonton Malaysia.

Video ini menerima 12 juta tontonan.

#8 MAYA KARIN MUNTAH DARAH DI SET MeleTOP


Habis satu Malaysia kena 'prank' dengan Maya Karin apabila dia secara tiba-tiba muntah darah. Bagaimanapun ia hanya gimik yang sengaja dilakukan dalam program berkenaan sempena promo filem Munafik 2.

Video ini menerima 1.8 juta tontonan.

#9 MOTIF VIRAL: AWEK MANJA CENDOL PUN TAK TAHU KENAPA DIA VIRAL


Jangan ditanya mengapa awek cendol berada dalam senarai. Semuanya kerana anda! 

Video ini menerima 3 juta tontonan.

#10 #AME2018 | PERSEMBAHAN RUFFEDGE UBAT RINDU


Kemunculan semula kumpulan Ruffedge pastinya paling dinanti-nantikan dan video ini sudah tentu mengubat kerinduan peminat mereka. Satu comeback yang penuh gaya oleh Ruffedge!

Video ini menerima 3.7 juta tontonan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top