22 Tahun Dalam Industri, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kekal Tangga Teratas Di Spotify

  • Share:

22 Tahun Dalam Industri, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kekal Tangga Teratas Di Spotify
Tiga nama besar dalam Spotify 2018. (Gambar: Instagram)
Seperti biasa, setiap kali hujung tahun aplikasi penstriman muzik terbesar Spotify akan menyenaraikan lagu yang paling banyak dimainkan sepanjang tahun.

Ada muka baru dan tidak kurang juga muka lama aka ‘legend’ yang masih mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri.

Paling menarik perhatian pastinya kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza yang muncul sebagai artis tempatan paling banyak distrim di Spotify sepanjang 2018. Tahun lepas juga beliau berada di kedudukan pertama!

Song of the year?
Lagu berhantu 'Di Mata Mu' pula mungkin banyak membantu Sufian Suhaimi untuk menjadi artis tempatan kedua paling banyak distrim tahun ini diikuti Haqiem Rusli, Faizal Tahir dan Ismail Izzani.

Secara keseluruhannya kebanyakan pendengar di Malaysia memilih untuk mendengar muzik daripada BTS, Khalid, Ed Sheeran, Jay Chou, and Ariana Grande. 

Spotify turut mengumumkan penyanyi Drake sebagai artis paling distrim 2018 secara global dengan 8.2 bilion penstriman. Kedudukan ini diikuti Post Malone, XXXTENTACION, J Balvin and Ed Sheeran (Sheeran merupakan artis paling banyak distrim 2017).

Masih nombor satu!Superstar K-POP, BTS juga dinobatkan sebagai kumpulan dan artis paling banyak di strim secara keseluruhannya. 

Untuk senarai penuh, anda boleh lihatnya di bawah:
 
Most Streamed Local Artists
  1. Dato Siti Nurhaliza
  2. Sufian Suhaimi
  3. Haqiem Rusli
  4. Faizal Tahir
  5. Ismail Izzani
 
Most Streamed Artists (Overall)
  1. BTS
  2. Khalid
  3. Ed Sheeran
  4. Jay Chou
  5. Ariana Grande
 
Most Streamed Female Artists
  1. Ariana Grande
  2. Camila Cabello
  3. Taylor Swift
  4. Dua Lipa
  5. Selena Gomez
 
Most Streamed Male Artists
  1. Khalid
  2. Ed Sheeran
  3. Jay Chou
  4. Drake
  5. Post Malone
 
Most Streamed Groups
  1. BTS
  2. Maroon 5
  3. BLACKPINK
  4. Coldplay
  5. Imagine Dragons
 
Most Streamed Tracks
  1. You Are The Reason – Calum Scott
  2. Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5
  3. FRIENDS – Anne-Marie, Marshmello
  4. The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris
  5. Havana – Camila Cabello
 
Most Streamed Albums
  1. Love Yourself 結 ‘Answer’ – BTS
  2. Dua Lipa - Dua Lipa
  3. I met you when I was 18. (the playlist) – Lauv
  4. ÷ - Ed Sheeran
  5. beerbongs & bentleys - Post Malone
 
Most Streamed Playlists
  1. Today’s Top Hits
  2. Top Hits Malaysia
  3. It’s a Hit!
  4. Carta Malaysia 50
  5. Rock Jiwang

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top