Filem Tamil '2.0' Dapat Sambutan, Pawagam Tambah Kekerapan Tayangan

  • Share:

Filem Tamil '2.0' Dapat Sambutan, Pawagam Tambah Kekerapan Tayangan
Foto: Bollywood

Filem terbaru bintang filem Tamil tersohor Rajinikanth, '2.0' semakin mendapat sambutan peminat filem Malaysia apabila kebanyakkan tiket habis dijual.

 

Filem Tamil 3D pertama yang ditayangkan dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Telugu dan Hindi ini ditayangkan di 200 pawagam di seluruh negara iaitu 140 panggung dalam format 2D dan 60 panggung lagi dalam format 3D.

 

Filem bergenre sains fisksyen ini mengisahkan seorang saintis yang membantu kerajaan menyiasat satu ancaman yang melangkaui pemikiran menggunakan robotnya.

 

Filem arahan S. Shankar ini merupakan sekuel filem blockbuster 'Enthiran' (Robot bernama Chitti) yang dikeluarkan pada 2010.

 

Memetik laporan Bernama, Datuk Mohamed Yusoff selaku Pengerusi DMY, pengedar filem itu di Malaysia berkata pawagam juga telah menambah kekerapan tayangan berikutan sambutan luar biasa dan permintaan tinggi peminat tempatan.

 Poster filem 2.0

Menelan belanja sebanyak US$76 juta itu merupakan antara filem termahal di India dan dijangka mencipta fenomena sebagai filem terlaris.

 

Mohamed juga yakin filem yang turut menampilkan bintang Bollywood, Akshay Kumar dan komposer muzik pemenang anugerah Oscar, AR Rahman sebagai pengarah muzik, akan menarik bukan sahaja peminat berketurunan India tetapi juga daripada kaum lain

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top