Kutip Lebih RM10 Juta Dalam Masa Lima Hari, Polis Evo 2 Lakar Sejarah

  • Share:

Kutip Lebih RM10 Juta Dalam Masa Lima Hari, Polis Evo 2 Lakar Sejarah

Filem aksi kepolisian, Polis Evo 2 melakar sejarah apabila mencatat kutipan lebih RM10 juta selepas lima hari berada di pawagam.

 

Diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM TBK, Polis Evo 2 kini ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh negara dan Brunei.

 Lakonan Sam berkesan.

Meletakkan gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak, filem ini turut diperkuatkan dengan barisan pelakon handal seperti Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Hairul Azreen, Sofi Jikan dan aktres Indonesia, Raline Shah.

 

Menduduki tangga teratas carta filem pecah panggung ketika ini, Polis Evo 2 akan berada di pawagam Singapura bermula esok.

 Memasuki pawagam Singapura bermula esok.

Sebelum ini, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini mencatatkan kutipan RM3.5 juta pada hari pertama tayangannya di pawagam.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top