Rojak Daily Logo

Filem Kabali Satu Penghinaan Pada Hero Malaya?

0
comments
Filem Kabali Satu Penghinaan Pada Hero Malaya?
Antara aksi Rosyam Nor ketika di set penggambaran filem Kabali. (Gambar: iamrosyam - Instagram)

Filem Tamil yang menjadi fenomena ketika ini, Kabali, terus menarik perhatian ramai peminat untuk menonton di pawagam. Apa yang pasti, penampilan Rajinikanth menjadi tarikan utama pada peminat superstar itu di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak mahu melepaskan peluang menonton aksinya.

Namun, di sebalik keghairahan peminat ini terselit pandangan berbeza penggiat seni tempatan dan peminat terhadap lakonan pelakon tempatan, Datuk Rosyam Nor dalam filem ini. Sejarah perfileman tempatan membuktikan Rosyam pernah menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 dan 16 termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-43.

Bagi pengarah filem dan drama berpengalaman, Murali Abdullah, pembabitan Rosyam dalam filem ini dianggap sebagai langkah yang sangat bijak dalam meletakkan dirinya agar penonton di seluruh dunia mengenalinya. Malah, selain Rosyam turut serta kru filem tempatan dalam filem ini menjadi pencapaian sangat hebat buat perfileman negara.

Berbeza pula pandangan dilontarkan produser terkenal, Mohd Noor Kadir menyatakan penonton pasti kecewa melihat Rosyam termasuk Norman Hakim dan Zack Taipan dalam filem ini. Tambahnya, Rosyam hanya muncul sebagai pelakon tambahan yang mempunyai dialog 'yes' dan 'no' manakala pelakon tempatan lain sebagai props atau ‘pasu bunga bernyawa’.

Kabali | Rojak Daily
Pandangan peribadi Mohd Noor Kadir terhadap lakonan Rosyam. (Gambar: Mohd Noor Kadir - Facebook)

Ujarnya, poster filem ini menunjukkan Rosyam di sisi Rajinikanth juga amat mengelirukan dan secara peribadi menganggap ia satu penghinaan pada hero Malaya itu yang hebat dan mempunyai ramai peminat. Mohd Noor memberi nasihat pada Rosyam agar lebih berhati-hati dalam menerima tawaran berlakon dari produksi luar agar integriti beliau tidak dijadikan pertaruhan.

Kabali | Rojak Daily
 
Kabali | Rojak Daily
 
Kabali | Rojak Daily
Komen individu lain terhadap lakonan Rosyam menerusi Kabali. (Gambar: Mohd Noor Kadir - Facebook)
 
 
Comments