Atas Permintaan Ramai, Anda Boleh Menonton Filem Polis Evo 2 Lebih Awal!

  • Share:

Atas Permintaan Ramai, Anda Boleh Menonton Filem Polis Evo 2 Lebih Awal!

Belum ditayangkan lagi secara rasmi, filem aksi yang dinanti-nantikan, Polis Evo 2 nampaknya mencetuskan buah mulut netizen.

 

Atas permintaan ramai, filem bercorak aksi kepolisian ini akan memulakan tayangan awalnya bermula ESOK di beberapa pawagam pilihan.

 

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini mengisahkan Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shahiezy Sam) yang terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur.

 Gandingan Sam dan Zizan.

Filem terbitan Astro Shaw dan Surya Citra Media (SCM) ini bukan sahaja padat aksi yang memukau malah jalan ceritanya juga dikembangkan lebih meluas.
 

Apakah kesudahan misi Inspektor Sani dan Khai dalam membentras jenayah? Pastikan anda cepat mendapatkan tiket menonton Polis Evo 2 pada tayangan awal di pawagam pilihan berhampiran bermula esok.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top