Denda RM100,000, Adakah Kes Munafik Ini Mampu Menginsafkan Netizen?

Cukup-cukuplah dengan live di Facebook.


  • Share:

Denda RM100,000, Adakah Kes Munafik Ini Mampu Menginsafkan Netizen?
Harta intelek memang satu perkara yang tidak boleh dibuat main mahupun dipandang remeh. Ini kerana perlakuan menggunakan harta intelek tanpa keizinan dianggap satu kesalahan besar. Ia diibaratkan seperti merompak karya dihasilkan.

Isu ini bukan baru, malah sejak kewujudan media sosial ini, pelbagai karya dimuat naik tanpa kebenaran pemiliknya. Kemunculan Facebook live juga menambah perisa berhubung masalah ini.

Paling tidak diterima akal adalah drama siri KL Gangster yang ditayangkan secara percuma di iflix turut menjadi mangsa cetak rompak di media sosial.

Munafik merupakan filem mendapat kutipan tertinggi.Jadi adakah keputusan Skop Productions Sdn Bhd mengemukakan saman terhadap individu yang menyebarkan rakaman filem munafik 2 akan mengubah gejala negatif ini?

Pada yang tidak mengikuti isu melanda filem Munafik ini, ia bermula apabila ada pihak menyebarkan filem tersebut.Walaupun telah diberi amaran kepada penyebar filem tersebut untuk berhenti namun amarannya diendahkan.

Baru-baru ini melalui Instagram miliknya, Syamsul Yusof memberitahu bahawa Mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman kepada pesalah dengan bayaran denda sebanyak RM100,000.


“Saya dah warning sebelum ni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social, tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pada pesalah untuk membayar ganti rugi RM 100 ribu kpd pihak Skop Productions.

“Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media sosial.

“Wahai Finas, wahai kerajaan baru, tolonglah buka mata isu cetak rompak filem tempatan yang tiada kesudahan ni.  Sama ada cetak rompak tepi jalan atau pun media sosial, kita perlukan undang-undang baru yang lebih ketat.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd menjelaskan tindakan syarikat mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan bukanlah atas niat menganiaya orang.

Menerusi Berita Harian, beliau memberitahu tindakan individu terbabit seolah-olah mencabar dirinya dan Syamsul sebagai pengarah Munafik 2.

“Individu terbabit muat naik filem itu di tempat lain hingga tersebar ke Indonesia. Jadi, saya fikir, kita kena bertindak kali ini,” katanya.

HUKUMAN?


Pesuruhjaya Kehakiman, Asmadi Hussin mengarahkan defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah membayar sebanyak RM100,000 kepada plaintif iaitu Yusof dan anaknya, Syamsul.

Pada masa sama, defendan turut dihalang melanggar hakcipta plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik dan mana-mana bahagian daripada filem berkenaan dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif.

Sekiranya defendan melanggar mana-mana perintah yang direkodkan, defendan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-dua sekali kerana dianggap menghina mahkamah.

Dengan hukuman yang menimpa pesalah ini, adakah masih ada lagi individu yang mahu merompak karya memuat naik di media sosial?

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top