AirAsia Jadi Syarikat Penerbangan Rasmi Filem 'Polis Evo 2'

  • Share:

AirAsia Jadi Syarikat Penerbangan Rasmi Filem 'Polis Evo 2'

AirAsia secara rasminya menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi sekual filem aksi yang ditunggu-tunggu, Polis Evo 2.

 

Menjalani penggambaran di sekitar Pulau Langkawi dan Kuantan, filem ini banyak memaparkan keindahan dua kawasan ini yang menjadi antara 16 laluan AirAsia di dalam Malaysia.

 Penampilan khas, Raline Shah.

Menurut Ketua Kumplan Strategi dan Komersil, Red Beat Ventures Spencer Lee, "kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada filem yang paling dinantikan, Polis Evo 2 sebagai syarikat penerbangan rasmi. Filem ini membolehkan kita untuk meneroka peluang pemasaran sama ada di dalam dan di luar layar, terutamanya di rangkaian digital kami yang pelbagai untuk mencapai lebih ramai khalayak baru."

 

"Peminat harus menantikan pelbagai promosi, peraduan dan hadiah di platform digital kami. Tetamu AirAsia juga boleh menonton filem ini di dalam penerbangan menerusi Rokki dan juga Astro Pay TV."

 

Filem Polis Evo pada tahun 2015 sukses dengan keuntungan RM17 juta serta pelbagai anugerah diraih. Filem ini mengisahkan Inspektor Sani dan Khai kini yang terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur.

 

Apakah kesudahan misi mereka? Nantikan Polis Evo 2 di pawagam seluruh Malaysia, 22 November ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top