Rojak Daily Logo
Back to top

Reunion Dewa 19 Kembali, Bikin Konsert Di Malaysia!

Ari Lasso, Once dan Ahmad Dhani bergabung.

0
comments
Reunion Dewa 19 Kembali, Bikin Konsert Di Malaysia!
Foto: Nizra Production

Band legend Indonesia ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Peminat setia Dewa 19 pasti akan menjerit apabila mendengarkan berita ini.

 

Bayangkan Ari Lasso, Once dan Dewa 19 bakal bergabung dan akan berada di Malaysia bagi konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia.

 Dewa 19 Live In Malaysia.

Ini akan menjadi sebuah reunion fantastik dan momen manis yang tidak seharusnya dilepaskan. Kedatangan mereka kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalisnya dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986.

 

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, si mastermind Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak. Turut serta menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrument masing-masing adalah Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum).

 

Bakal diadakan pada 2 Februari 2019 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam, “Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production selaku penganjur.

 

Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

 

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Ahmad Dhani.

 

Pastikan anda memiliki tiket-tiket berharga:-

  • RM238 – Cat 3 (Reserved seating)
  • RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
  • RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)
  • RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating) 
 

Tiket konsert akan mula dijual pada 7 November 2018 jam 10 pagi. Baladewa dan Baladewi perlu dapatkan tiket anda segera di sini

 
 
Comments