Rojak Daily Logo
Back to top

Digelar Sebagai Queen of Halloween, Ini 10 Kostum Heidi Klum Paling Gila!

Apa kostum korang tahun ini?

0
comments
Digelar Sebagai Queen of Halloween, Ini 10 Kostum Heidi Klum Paling Gila!
Sebut tentang kostum Halloween, rasanya tiada siapa mampu menandingi 'idea gila' supermodel Heidi Klum!

Setiap tahun ada saja kostum unik ditampilkan dan ada kalanya di luar logik akal. Tahun ini tidak kurangnya juga apabila dia bertukar menjadi karakter Fiona dalam filem animasi Shrek.

Oleh itu kami senaraikan 8 kostum yang terbaik pernah digayakan supermodel ini.

#10 ENAM HEIDI KLUM (2016)

Satu mana cukup!
Selalunya kebanyakan orang akan memakai kostum selain daripada diri mereka, namun pada tahun 2016 supermodel ini memilih untuk menjadi diri sendiri. Bukan satu tapi enam kesemuanya!

#9 PRINCESS FIONA, SHREK (2018)

Today Show
Ini adalah kostum Heidi pada tahun ini. Walaupun nampak susah untuk dipakai, namun ia bukanlah yang terbaik daripada Heidi. Anda patut lihat kostum terbaik di kedudukan pertama.

#8 MICHEAL JACKSON THRILLER (2017)

Werewolf pun boleh!
Kali ini Heidi menggunakan elemen daripada raja pop Michaeal Jackson. Pada tahun 2017, Heidi bertukar menjadi serigala jadian dalam muzik video Thriller.

Siap ada video klip Thriller okay. Anda boleh saksikan di bawah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Heidi Klum (@heidiklum) on

 

#7 ALIEN TRANSFORMER (2010)

OMG! Macam mana la dia nak berjalan tu?Bukan calang-calang alien kerana kostum ini dihasilkan setinggi lapan kaki. Seal (bekas suami) pula menjadi Silver Surfer yang telah disuntik steroid.

#6 GODDESS KALI (2008)

Paling kontroversi
Kostum ini telah menimbulkan kontroversi dan kemarahan penganut agama hindu terutamanya yang tinggal di Amerika Syarikat. Biarpun begitu kostum ini antara yang mengagumkan.

#5 APES (2011)

Sporting couple ni.
Sekali lagi Heidi bergandingan bersama Seal dan kali ini memilih apes sebagai kostum. Melihat perincian helaian bulu pada kostum ini saja kita boleh tahu ia bukannya biasa-biasa.

#4 BUTTERFLY (2014)

Kalau terbang lagi gempak!
Kostum Halloween tercantik pernah digayakan Heidi. Malah, ia mungkin rama-rama terbesar pernah kita lihat. 

#3  JESSICA RABIT 2015

Kostum paling seksi setakat ini!Jessica Rabbit merupakan karakter fictional dalam animasi Who Censored Roger Rabbit. Kostum ini antara yang ikonik pernah digayakan Heidi dan mungkin juga yang terseksi. 

#2 HEIDI DI USIA TUA (2013)

Memang real habis!Jangan ingat Erra Fazira saja boleh menjadi tua dalam filem Hingga Hujung Nyawa. Heidi pun mampu ya, malah lebih baik daripada itu. Lihat saja kedutan-kedutan pada leher, tangan dan mukanya. Real habis!

#1 HUMAN BODY (2011)


Dalam banyak-banyak gaya kostum ini merupakan pilihan yang terbaik pernah digayakan Heidi Klum. Sesuai dengan mood Halloween yang spooky dan creepy, kostum ini sememangnya onzzz! 
 
 
Comments