10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Gol & Gincu 2

Bye Putri, hai Zakiah.


  • Share:

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Gol & Gincu 2
Foto: Gol & Gincu 2

Masihkan anda teringat pada filem pertama Gol & Gincu sekitar tahun 2005 dulu? Kini filem ini diterbitkan semula dan diberi judul Gol & Gincu Vol. 2.

Gol & Gincu versi pertama lakonan Fazura dan Ashraf Sinclair.

Bakal berada di pawagam pada 25 Oktober 2018, kami antara yang pertama hadir ke majlis tayangan media Gol & Gincu 2.

 

Turut disertai dengan barisan tenaga produksi serta pelakon, filem ini cukup  menghiburkan. Sebelum anda terjah ke pawagam, ini 10 perkara yang perlu anda tahu tentang filem ini.

 Pelakon utama Gol & Gincu 2.

1. Gol & Gincu 2 merupakan filem pertama yang menggandingkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera. Nama mereka berdua adalah Zakiah dalam filem ini. Menurut Diana, mereka berdua sudah menjadi kenalan sejak kecil lagi namun baru kini dapat bergandingan bersama dan mengenali Ummi dengan lebih rapat.

 

2. Ingat lagi bila Diana Danielle mula potong rambut pendek? Itu adalah kerana komitmen Gol & Gincu 2. Inilah penampilan Diana dengan rambut paling pendek sejak kecil. Kami terpaku dengan penampilan berambut pendek Diana. Tetap cantik!

 Cantiknya Diana Danielle!

3. Ummi Nazeera mengandung ketika masih menjalani penggambaran. Dia hanya mengetahui keadaan dirinya yang hamil apabila ke hospital untuk membuat imbasan X akibat kakinya yang terseliuh.

  Ummi Nazeera sedang hamil ketika sesi penggambaran berlangsung.

4. Pengarah, Umi Salwana Omar sebelum ini pernah mengarahkan siri kegemaran Oh My English, dan bekerja di belakang tabir untuk filem-filem hebat seperti Songlap, Istanbul Aku Datang, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Hanyut, Zaiton Ceritaku, Nostalgila, Asia's Got Talent, Gantung, Crazy Rich Asians dan banyak lagi.

 

5. Kalau dalam kebanyakkan filem, pelakon lelaki akan memainkan peranan hebat sebagai hero, namun bagi Gol & Gincu 2, tiga pelakon lelaki utama iaitu Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir hanyalah sebagai penyeri. Walaupun sebagai penyeri, watak mereka cukup penting.

 

6. Anda akan perasan baju-baju pelakon dalam Gol & Gincu 2 semuanya cantik-cantik! Terima kasih kepada Min Luna yang bertindak sebagai pereka produksi dan busana filem.

 Min Luna selaku pereka produksi dan busana.

7. Hanya dua pelakon asal yang dikekalkan untuk filem pembikinan semula ini iaitu Sharifah Amani sebagai Jijie dan Sazzy Falak sebagai Sasha. Fazura yang memegang watak sebagai Putri dalam Gol & Gincu tidak sempat membuat penampilan khas dalam filem ini kerana tarikh penggambaran bertembung dengan jadual serta tarikh perkahwinannya.

 Sazzy Falak kembali.

8. Ada 10 pereka fesyen tempatan yang menyumbangkan rekaan mereka untuk diperagakan oleh barisan pelakon Gol & Gincu 2. Mereka adalah Alia Bastamam, Tom Abang Saufi, Rico Rinaldi, Afiq M., Yadotsa, Tengku Syahmi, Zaimi Zulkifli, Syomir Izwa, Ezzati Amira dan Nurita Harith.

 

9. Anda akan bertemu dengan ramai wajah-wajah popular di dalam filem ini. Filem ini mengetengahkan ramai cameo yang membuat penampilan khas. Antara yang kami perasan ketika menonton filem ini adalah Ziana Zain, Sherry Al-Hadad, Nadiya Nisaa, Datin Paduka Marina Mahathir, Tuti, Shikin Gomez, Alicia Amin, Nazreem Musa, Ucop, Kartini Kamalul Ariffin serta barisan pereka fesyen tempatan.

 Sherry Al-Hadad antara penampilan khas.

10. Semua pasukan futsal wanita di dalam filem Gol & Gincu 2 adalah pasukan futsal sebenar selain pasukan Red Heatz yang menampilkan pemain futsal negara, Niena Azman, Hannani dan Hanis.

 

Secara keseluruhannya, jalan cerita Gol & Gincu 2 berbeza dengan filem terdahulu biarpun bertunjangkan gaya hidup aktif dan memperkasakan wanita.

  Gandingan Ummi dan Diana menjadi.

Jalan ceritanya segar, lagu-lagu runut bunyi yang catchy serta barisan-barisan tenaga produksi dan pelakon yang berkaliber, kami yakin Gol & Gincu 2 pasti mendapat tempat di hati penonton.

 

Berapa lipstick kami beri untuk filem ini? 3/5 lipstick!

 

Tonton Gol & Gincu 2, di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Oktober ini.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top