Rojak Daily Logo
Back to top

Hantu Suzzanna Muncul Kembali?

Arwah meninggal dunia pada tahun 2008.

0
comments
Hantu Suzzanna Muncul Kembali?

Kalau anda seorang peminat tegar filem seram, pasti anda kenal siapa Suzzanna. Digelar ratu filem seram Indonesia, filem-filem seram Suzzanna seperti Beranak Dalam Kubur (1971) dan Sundel Bolong (1981) paling meninggalkan kesan.

Ratu filem seram Indonesia.

Lebih menimbulkan mesteri apabila Suzzanna menemui ajal pada tahun 2008 di kediamannya ketika berusia 66 tahun. Dikatakan kerana sakit diabetes, pemgebumian arwah masih menjadi perdebatan.

 

Namun, sosok arwah Suzzanna seperti berkeliaran di laman sosial baru-baru ini dan dilihat begitu mirip dengan wajah asalnya.

 Arwah Suzanna kembali?

Jangan terkejut, bukan arwah Suzzanna yang kembali tetapi sebuah filem seram terbaru dari Indonesia bertajuk Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur bakal menerjah pawagam.

 

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Indonesia, Luna Maya kerana berjaya menyakinkan peranannya sebagai Suzzanna benar-benar menjadi.

 Filem seram terbaru Indonesia, Suzanna.

Wajah seram Luna Maya yang menjadi hantu Suzzanna ataupun sundel bolong ini hasil solekan jurumekap yang didatangkan khas daripada Rusia iaitu Tatiana Melkomova dan Peter Gorshenina.

 

Menggunakan solekan jenis protestik, proses solekan berlangsung selama tiga jam setiap hari selama 50 hari penggambaran berlangsung.

 Lakonan menjadi!

Dengan warna kulit, gaya rambut ikal mayang dan tompok ikonik Suzzanna, tahi lalat di pipi belah kanan, sosok Luna begitu mirip dengan fizikal sebenar arwah Suzzanna. Selain Luna Maya, filem ini turut menampilkan Herjunot Ali sebagai suami Suzzanna.

 

Anda bersedia nak bertemu Suzzanna 2018? Silakan.

 
 
Comments